web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Yellow Collection’ Onitsuka Tiger Rai Kehadiran Musim Luruh/Dingin 2024

Koleksi yang mengangkat tema ‘Urban Winter’ itu dihasilkan sepenuhnya di Jepun bagi memastikan intipati landskap musim dingin urban dapat dilahirkan dengan berkesan

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 12:16PM

gambar Onitsuka Tiger

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger terus tampil dengan koleksi kontemporari hasil inovasi dan gabungan elemen fesyen, sukan sertawarisan budaya.

Bersempena dengan kedatangan musim luruh dan dingin 2024, Onitsuka Tiger mempersembahkan ‘Yellow Collection’ (Koleksi Kuning) bagi himpunan Musim Luruh/Dingin kali ini. 

Koleksi terbaharu itu diperkenalkan pada Minggu Fesyen Milan yang berlangsung pada  21 Februari lalu. Tema ‘Urban Winter’ diangkat kali ini, yang mana setiap satunya dihasilkan di Jepun bagi menzahirkan ekspresi intipati landskap musim dingin urban dengan kemasan salutan basah yang mengingatkan kepada ribut petir mengejut yang berlaku di Tokyo. 

Palet warnanya terdiri daripada kuning ikonik dengan kelabu metropolitan, hitam, kuning air dan rona kacang hazel. Teknik unik digunakan untuk membentuk siluet dengan sentuhan baharu pada keseluruhan koleksi. 

Kot, jaket dan kot pea menekankan kontras antara bahu lebar dan pinggang kecil dengan perincian jahitan seperti pad tiub dan pola ribbing. Hoodie berganda Kashmir menyerlahkan konsep lapisan baharu sebagai helaian luar yang dipadankan bersama kot atau blouson.     

Untuk lelaki, hadirnya seluar lebar dalam pilihan ekstra labuh atau chino berpotongan buku lali dan gaya 5-poket, sementara untuk wanita tersedia pilihan seluar regangan slim-fit atau berpotongan lebar. 

Skirt mikro dengan siluet beralun dan gaun panel sutera bersama sulaman labuci paillette nyata menarik digandingkan bersama stoking bulu dan sepatu creepers baharu. 

Tidak ketinggalan ditampilkan buat kali pertama rekaan leher V decollete bagi jenama itu dengan kasut tumit tinggi tebal yang menawarkan keselesaan serta rintangan gelincir. 

Koleksi itu turut menonjolkan kasut hibrid inovatif yang menggabungkan tapak getah bersama but trek, di samping beg berkembar yang dihasilkan daripada kulit sintetik bersama tali bahu urban.     

Memandangkan ia adalah pertunjukan pertama bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama berkenaan, sejumlah 49 gaya dipersembahkan, sinonim dengan tahun penubuhan Onitsuka Tiger pada 1949. 

Selain itu, aksen koleksi ini terarah kepada helaian bulu berzip di leher yang diinspirasikan oleh helaian trek ikonik jenama ini. Ia boleh digayakan sebagai skaf moden atau crop top ekstrim, sekali gus menjadikannya selaku helaian keraian bagi Onitsuka Tiger.     

Terdahulu, sebelum acara bermula, kumpulan tarian popular ‘AVANT-GARDEY’, yang diterajui pereka tari Akane, mempersembahkan tarian segerak.

Pakaian seragam kuning yang menarik serta jaluran harimau pada MEXICO 66 yang dipakai penari, direka khas sebagai tanda penghormatan kepada filem ‘Kill Bill’, menyerlahkankan evolusi jenama berkenaan yang mentafsir warisan dalam cara moden. 

Persembahan seterusnya  menyaksikan pemuzik terkenal, Yuja Wang bermain piano khas yang disaluti warna kuning oleh Steinway & Sons. Muzik yang ditampilkan adalah gubahan istimewa khas untuk mengekspresikan tema koleksi ini. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman utama Onitsuka Tiger, www.onitsukatiger.com – Getaran, 1 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pempengaruh Jepun, Navito Ajak Pengikut Lepak Makan Di Kuala Lumpur

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi