web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Soalan Bersama Hael Husaini Selaku ‘Pak Belang’ Jepun!

Hael Husaini dilantik sebagai rakan jenama tempatan pertama Onitsuka Tiger!

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 9:20AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rumah fesyen asal Jepun, Onitsuka Tiger sukacitanya mengumumkan kolaborasi selama setahun bersama penyanyi, komposer dan penulis lagu, Hael Husaini!

Menerusi kempen #TheYearofOnitsukaTiger ini, Hael tampil untuk Koleksi Musim Bunga/Panas 2022 hasil rekaan pengarah kreatif, Andrea Pompilio. 

Koleksi yang digayakan Hael ini terdiri daripada seleksi pakaian, seluar dan kasut versatil yang memaparkan cetakan harimau. 

Corak geometri dan garisan melintang yang sinonim dengan Onitsuka Tiger turut melatari koleksi terkini ini. Untuk padanan sepatu pula, Hael menyarungkan kasut dengan cetakan belang harimau!

Untuk sesi fotografi, tema tertumpu pada semangat Pak Belang yang ada di dalam diri Hael. Ritma koreografi sepanjang sesi, menggambarkan koleksi dalam langkah dramatik.

Ia menyerlahkan lagi kepelbagaian sisi Hael Husaini yang menikmati momen penggayaan yang tersendiri.

Kuat, yakin, berdikari, tangkas dan berani, Hael nyata merangkumi kualiti agung sang harimau! Dia turut tidak ketinggalan berkongsi pandangan tentang pengalamannya itu.

“Ini merupakan satu penghormatan besar bagi saya untuk diiktiraf sebagai rakan jenama tempatan pertama Onitsuka Tiger Malaysia, lebih-lebih lagi pada tahun harimau! 

“Gandingan ini pastinya meletakkan saya di aras yang lebih tinggi di arena fesyen, malah saya teruja untuk mencipta lebih banyak lagi karya, sama ada fesyen mahupun muzik,” ucapnya teruja. 

 

3 Soalan Bersama Hael Husaini selaku Pak Belang Jepun

Soalan 1: Pandangan Hael tentang kolaborasi ini?

Hael: Ia momen paling besar sepanjang karier saya. Fesyen amat berkait rapat dengan saya. Ia sudah sebati dengan darah saya sejak bermula dalam bidang muzik lagi. 

Namun, diberikan peluang bagi mewakili jenama antarabangsa terkenal ini merupakan sesuatu yang berada di luar imaginasi saya.

Saya sangat teruja untuk memulakan gandingan ini bersama-sama Onitsuka Tiger! Ayuh kita bersama harungi tahun yang hebat ini!

Soalan 2: Apakah persamaan yang Hael kongsikan bersama Onitsuka Tiger?

Hael: Dalam banyak-banyak perkara, saya rasa semangat serta tenaga jenama ini iaitu berani, kental dan agresif. 

Apa yang penting, Onitsuka Tiger melengkapkan gaya saya dengan tahap keyakinan tinggi yang amat saya perlukan untuk terus maju ke hadapan.

Saya sentiasa yakin dan bertenaga seperti Pak Belang kala memakai Onitsuka Tiger.

Soalan 3: Jika kempen ini boleh digambarkan dalam satu perkataan, apakah ia?

Hael: Monumental. 

Layari Onitsuka Tiger untuk maklumat lanjut. - Getaran, 19 Mac 2022

Semua gambar: Onitsuka Tiger Malaysia

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

2

Gaya 2 tahun yang lalu

'Yellow Collection’ Onitsuka Tiger Rai Kehadiran Musim Luruh/Dingin 2024

3

TARA 3 tahun yang lalu

Endactus - Pertembungan Fesyen Dan Sukan, Hasil Gabungan Unik Fesyen Onitsuka Tiger Dengan Game Street Fighter 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Atas Faktor Kesihatan, Konsert Yang Sebelum Ini Ditunda Ke 19 Februari Terpaksa Dibatalkan 

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment