web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atas Faktor Kesihatan, Konsert Yang Sebelum Ini Ditunda Ke 19 Februari Terpaksa Dibatalkan 

Pembatalan itu telah dimaklumkan pihak Rocketfuel Entertainment dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 1:09PM

Konsert Hael Husaini yang sepatutnya berlangsung di Zepp KL telah dibatalkan - Gambar Rocketfuel Entertainment

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert ‘Hael Husaini Live In Kl’ yang sebelum ini ditunda kerana PRU-15 dan kemudian diuar-uarkan ke tarikh baharu iaitu 19 Februari 2022 di Zepp KL telah pun dibatalkan. 

Pembatalan itu telah dimaklumkan pihak Rocketfuel Entertainment dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi. 

“Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekali lagi kepada semua bagi pihak pengurusan di atas pembatalan konsert ‘Hael Husaini Live In Kl’ ini sekali gus.

Keputusan untuk membatalkan konsert ini terpaksa dilakukan atas beberapa faktor dan yang paling utamanya adalah faktor kesihatan Hael yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat nasihat daripada doktor.

“Pihak kami faham perasaan gusar yang bakal dirasai para pembeli tiket yang sudah pun membeli tiket konsert, pihak kami memberi jaminan bahawa setiap pembeli akan diberikan ‘refund’ yang penuh.

“Sebagai maklumat tambahan, segala pengembalian wang boleh dilakukan pada laman web yang tertera dalam kenyataan media ini,” kata wakil label pengurusan muzik yang dinaungi Hael.

Pihak Rocketfuel Entertainment turut menzahirkan rasa dukacita mereka diatas pembatalan konsert ini kerana segala persiapan sudah pun menghampiri 70 peratus dengan pelbagai aksi menarik yang telah direncanakan dengan lebih kurang 30 buah lagu yang bakal dipersembahkan.

Dalam pada itu, pihak media dimaklumkan, kebelakangan ini, tahap kesihatan Hael tidak berapa baik oleh kerana jadual kerjanya yang terlalu padat.

Namun begitu dia masih giat dengan segala persiapan konsert sehingga tahap kesihatannya merosot dan setelah berbincang dengan doktor, dia dinasihatkan untuk berehat dan tidak melakukan sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.

Kata pihak pengurusan lagi, “Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat kami  sampaikan kepada semua pihak kerana dapat menerima pembatalan konsert ini walaupun dengan hati yang berat, dan semoga semua pihak menerima berita pembatalan konsert ini dengan hati yang terbuka, terima kasih.

Bagi proses pengembalian wang buat pembeli tiket konsert, sila hubungi talian Ubertickets WhatsApp Hotline 019 5881810 - Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa