Berita Terkini

1 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 1 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 1 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 1 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 1 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


TUMI Raikan Enam Dekad Kewujudan Mclaren, Lancar Koleksi Ulang Tahun Ke-60 Bersama Lando Norris

Setiap barangan dalam koleksi edisi terhad ini mengiktiraf sejarah sukan permotoran elit terkenal dan pembuat kereta super mewah melalui elemen reka bentuk yang diilhamkan oleh kereta jalan raya dan kereta lumba.

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Apr 2023 4:13PM

McLaren AeroCarryOn - Gambar ihsan TUMI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru  ini jenama gaya hidup dan pengembaraan antarabangsa, TUMI telah melancarkan ‘Koleksi Ulang Tahun Ke-60 TUMI | McLaren bagi meraikan enam dekad penubuhan pasukan sukan permotoran elit dan pembuat kereta super mewah McLaren. 

Koleksi edisi terhad ini telah diumumkan pada pelancaran terakhir kempen Musim Bunga 2023 jenamanya yang bertajuk ‘Unpack Tomorrow’ yang menampilkan semula ahli TUMI Crew dan pemandu McLaren Formula 1 Lando Norris.

"Memandangkan asal-usul kedua-dua jenama ini bermula daripada penciptaan produk mewah yang berprestasi dan bertaraf dunia dengan pemahaman sebenar tentang bagaimana teknologi dan fungsi saling berkaitan, sinergi antara TUMI dan McLaren adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal," ulas Pengarah Kreatif TUMI, Victor Sanz. 

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan McLaren dalam koleksi ini, menggunakan warna jingga betik mereka yang terkenal dan menggabungkan bahan-bahan moden yang ringan untuk mencipta bagasi, beg dan aksesori bagi meraikan ulang tahun ke-60 mereka," tambah Victor. 

Kerjasama yang penting antara TUMI dengan McLaren ini akan terus mengintegrasikan fesyen, gaya hidup dan teknologi dengan lancar melalui karya bermusim terbaharu dengan menggabungkan teknologi yang canggih, inovasi dan kecemerlangan reka bentuk.

Direka untuk memenuhi keperluan para perintis, pelancong dan pengembara semasa perjalanan, koleksi ini menawarkan pelbagai gaya edisi terhad dengan gabungan warna jingga betik istimewa McLaren, termasuk Velocity Backpack, Aero International Expandable 4 Wheeled Carry-On dan Torque Sling, seperti yang dilihat dalam kempen ‘Unpack Tomorrow’ Lando. 

"Bersama-sama dengan TUMI, kami ingin meningkatkan kejayaan koleksi gentian karbon dan koleksi utama kami dengan penghasilan kapsul yang dicipta khas untuk meraikan enam puluh tahun kewujudan McLaren." 

"Edisi barangan kembara mewah ini juga meraikan semangat pengasas kami, Bruce McLaren, yang memandang ke arah masa hadapan, mendorong batasan dan menyesuaikan fungsi yang mudah dengan keperluan reka bentuk moden yang mencerminkan etos kedua-dua syarikat," ujar Ketua Pereka McLaren Automotive, Goran Ozbolt pula. 

Pelancaran ‘Unpack Tomorrow’ Lando yang menyusuli rakan-rakan ahli TUMI Crew, Richarlison de Andrade dan Reneé Rapp, menampilkan bintang perlumbaan tersebut dalam sebuah montaj filem pendek tentang perjalanannya, menunjukkan kereta super hibrid McLaren Artura dan bagaimana prestasi beg TUMI beliau mencapai tahap yang sama dengan prestasi dirinya.

Video kempen pemandu Formula 1 ini memperkenalkan semula jualan terlaris daripada koleksi utama TUMI iaitu TUMI | McLaren, yang telah dilancarkan semula oleh jenama ini pada musim ini. 

Selain pelancaran koleksi Ulang Tahun Ke-60 ini, TUMI akan memperkukuh kerjasama mereka  dengan McLaren melalui satu siri kandungan global pada perlumbaan utama Grand Prix, termasuk pelbagai taktik tarikan komuniti, bakat pempengaruh dan pemberian hadiah-hadiah yang eksklusif.

Jadi apa yang terlintas di fikiran anda sekarang? Mahu dapatkan koleksi ini untuk diri sendiri atau hadiah kepada orang tersayang. Cuba semak kalendar. Mungkin tarikh lahir si dia atau ulang tahun perkahwinan anda sudah hampir. - Getaran, 30 April 2023

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

29 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 10 bulan yang lalu

Buletin Gaya: Apa Menarik Minggu Ini?

2

1 tahun yang lalu

McLaren Elva Buat Kemunculan Di Malaysia

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Buletin Gaya: Apa Menarik Minggu ini?

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Ricciardo Juara Di Monza, Verstappen Didenda Sebabkan Kemalangan Dengan Hamilton

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil