web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bintang Bola Sepak, Son Heung-Ming Kembali Menggayakan Koleksi TUMI 

Kempen ‘Essentially Beautiful’ ini menonjolkan gaya terkini koleksi Aluminium 19 Degree TUMI, termasuk beg galas, beg sandang kompak, beg bimbit dan ‘minaudiere’

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 9:07PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama perjalanan dan gaya hidup antarabangsa TUMI baru-baru ini tampil dengan  kempen terbaharu untuk koleksi Aluminium 19 Degree ikonik mereka dengan kemunculan kembali duta global TUMI dan pemain bola sepak profesional, Son Heung-Min. 

Kempen visual ini menonjolkan penambahan koleksi Aluminium 19 Degree  yang terdiri daripada beg galas, beg sandang kompak, beg bimbit dan minaudiere dengan permukaan berwarna futuristik yang menawan dan bergaya sepadan dengan gaya ikonik koleksi tersebut.

Setakat ini, video kempen terbaharu ini merupakan gaya yang paling berani daripada TUMI. Video kempen menampilkan Son dengan Beg Galas Aluminium 19 Degree dalam ruang abstrak yang membawa ke pelbagai dunia, yang semuanya mewakili ciri-ciri koleksi Aluminium 19 Degree. 

Melalui visual yang sangat menonjol dan elemen tekstur moden, kempen ini membawa penonton ke dalam dunia abstrak yang memukau, mengingatkan pada Koleksi Aluminium 19 Degree TUMI yang ikonik bersama Son Heung-Min. Gabungan visual inovatif dan latar belakang abstrak mengheret penonton untuk menghayati makna ‘essentially beautiful’ yang dibawakan oleh TUMI ini, dengan TUMI dunia anda sentiasa berkembang.

"TUMI sangat teruja untuk melancarkan kempen 19 Degree yang menampilkan Son Heung-Min, iaitu salah seorang duta global TUMI.

"Dengan kempen ini, kami ingin menyampaikan evolusi seterusnya dalam beg galas yang menampilkan ungkapan terkini Aluminium 19 Degree kami, mempamerkan reka bentuk yang canggih, gaya yang inovatif dan komitmen kami terhadap inovasi teknikal. Strategi kreatif ini melakukannya dengan tepat, dan terus mendorong TUMI sebagai mercu tanda evolusi yang tanpa batas," ulas Ketua Setiausaha TUMI bagi Pemasaran dan eDagang, Jill Krizelman.

Beg Galas Aluminium 19 Degree adalah yang pertama seumpamanya untuk TUMI, direka khas dengan panel belakang kulit yang menampilkan kontur 19 Degree yang istimewa. 

Beg Sandang Kompak baharu ini mengecilkan DNA 19 Degree yang khas untuk beg sandang yang kompak, namun sama reka bentuk ke hadapan, sesuai untuk pengembara perniagaan yang memerlukan bagasi yang lebih kecil. 

Minaudiere ialah kenyataan fesyen yang lebih maju, dan mempunyai tiga pilihan warna dengan dua tali bahu yang boleh ditanggalkan, dengan gaya yang versatil, beg ini sesuai untuk digunakan semasa keluar malam dan majlis khas. 

Beg Bimbit Aluminium 19 Degree memukau semua dari setiap sudut, lengkung ikonik pada sudut 19 darjah dan ketahanan aluminium diilhamkan semula dalam beg bimbit yang elegan ini.

Koleksi Aluminium 19 Degree boleh dibeli di https://www.tumi.my/. - Getaran, 18 Februari 2024

Foto : TUMI

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

2

Gaya 3 minggu yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

4

Gaya 3 minggu yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid