web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


McLaren Elva Buat Kemunculan Di Malaysia

Dengan hanya 149 unit tersedia untuk pembelian di seluruh dunia, penampilan sulung McLaren Elva di sini menjadi bukti pentingnya McLaren Automotive berada di pasaran Malaysia.

Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 5:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

McLaren Elva, model tambahan terbaharu kepada supercar British dan pembuat kereta berkuasa tinggi McLaren Automative’s Ultimate Series, yang didatangkan dengan varian cermin depan roadster Elva ultra eksklusif dipertontonkan secara perdana hari ini. 

Ketua Pegawai Operasi McLaren Kuala Lumpur, Ravinder Singh berkata, dengan hanya 149 unit tersedia untuk pembelian di seluruh dunia, penampilan sulung McLaren Elva di sini menjadi bukti pentingnya McLaren Automotive berada di pasaran Malaysia.

"Kami di McLaren Kuala Lumpur ingin mengucapkan terima kasih kepada prinsipal kami, McLaren Automotive kerana menyediakan model ini kepada kami.

"Ia adalah satu cabaran untuk mendapatkan kereta itu untuk berada di sini, tetapi pada akhirnya, ia berbaloi dengan masa dan perbelanjaan. Supercar sebenar untuk  semua peminat kereta," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian McLaren Elva di sini hari ini.

Reka bentuk McLaren Elva dipamerkan ketika majlis pratonton di McLaren Kuala Lumpur Seksyen U1 hari ini.
Reka bentuk McLaren Elva dipamerkan ketika majlis pratonton di McLaren Kuala Lumpur Seksyen U1 hari ini.

McLaren Elva ialah kereta berkuasa tinggi dua tempat duduk tanpa bumbung, dengan enjin V8 pengecas turbo berkembar yang membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 2.8 saat dan 0 hingga 200 km/j dalam masa 6.8 saat.

Cermin depan Elva direka untuk pelanggan yang lebih suka mempunyai skrin fizikal berbanding penghadang angin yang disediakan oleh Sistem Pengurusan Udara Aktif (AAMS). - Bernama

TAG: McLaren, Elva, perdana, cermin depan, AAMS

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

TUMI Raikan Enam Dekad Kewujudan Mclaren, Lancar Koleksi Ulang Tahun Ke-60 Bersama Lando Norris

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Ricciardo Juara Di Monza, Verstappen Didenda Sebabkan Kemalangan Dengan Hamilton

3

Kolum 5 tahun yang lalu

Pasir Salak Dan Si Tukang Tampal Poster

4

Filem & TV 5 tahun yang lalu

Nomadland Menang Besar Di BAFTA 2021!

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas