web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ricciardo Juara Di Monza, Verstappen Didenda Sebabkan Kemalangan Dengan Hamilton

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 9:22AM

Ricciardo memegang trofi pemenang GP Itali di atas podium. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MONZA - Daniel Ricciardo menjuarai GP Itali dengan Max Verstappen disalahkan oleh pegawai perlumbaan Formula Satu (F1) kerana menyebabkan perlanggaran dengan Lewis Hamilton yang mana peranti keselamatan Halo di jenteranya menyelamatkan dirinya dari kecederaan serius.  

Pelumba Red Bull Verstappen, yang mendahului seterunya dari Mercedes itu dengan lima mata dalam kejuaraan dunia, dikenakan penalti tiga anak tangga di GP Russia dua minggu lagi kerana peranan yang dimainkannya dalam kemalangan yang mengerikan itu.

Ricciardo memintas Verstappen, yang bermula di posisi pole, di awal permulaan dan mendahului hingga ke akhir perlumbaan untuk melintasi garis penamat di tempat pertama diikuti oleh rakan sepasukan McLarennya Lando Norris.

Ini adalah kemenangan pertama pasukan Britain itu sejak 2012 dan penamat satu dua pertama mereka dalam 11 tahun.

Jalan Ricciardo ke kemenangan pertamanya sejak Monaco 2018 dipermudahkan apabila Verstappen cuba untuk memaksa jenteranya memintas Hamilton yang baru sahaja masuk semula ke trek selepas satu pit stop pada pusingan ke-26.

Tetapi jentera Verstappen terlanggar tebing trek di chicane selekoh pertama, menyebabkan tayar belakangnya memanjat naik bahagian belakang kereta Mercedes dengan peranti Halo melindungi kepala Hamilton.

Verstappen (kanan) cuba untuk keluar dari keretanya selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan jentera Mercedes Hamilton. - Gambar AFP
Verstappen (kanan) cuba untuk keluar dari keretanya selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan jentera Mercedes Hamilton. - Gambar AFP

Kedua-dua pemandu tersadai di perangkap batu kelikir dan tersingkir daripada perlumbaan.

“Saya sangat bernasib baik hari ini.

“Syukur peranti Halo menyelamatkan diri dan tengkuk saya,” kata Hamilton.

Juara dunia tujuh kali itu menambah:

“Saya berasa yang saya tidak pernah dilanggar oleh sebuah kereta di kepala sebelum ini - ia satu perkara yang mengejutkan saya.

“Kami semua mengambil risiko dan apabila kita mengalami sesuatu seperti itu baru akan merasakan bertapa rapuhnya kita semua.”

Ketua pasukan Mercedes Toto Wolff berkata:

“Kejuaraan setakat ini menghiburkan tetapi hari ini kita menyaksikan yang peranti Halo menyelamatkan nyawa Lewis. Kita tidak mahu melihat sesiapa pun cedera parah.”

Pegawai perlumbaan membuat keputusan selepas menemu bual kedua-dua pelumba.

Walaupun Hamilton memaksa Verstappen untuk naik ke tebing chicane, percubaan memintas pelumba Red Bull itu terlalu lewat untuk beliau mendapat “hak kepada ruang berlumba”.

Mereka berkata “kesalahan utama terletak di bahu” Verstappen.

Manakala, Ricciardo pula meraikan kemenangannya dengan meminum sampanye dari kasutnya di atas podium.

“Tiada siapa menjangkakan yang kami akan mendahului perlumbaan dari awal hingga akhir. Saya dapat rasakan yang sesuatu baik akan terjadi dari hari Jumaat lagi.

“Bukan sahaja menang tetapi mendapatkan penamat 1-2 adalah sukar untuk dipercayai. Dapat naik ke podium adalah satu kejayaan besar buat McLaren apatah lagi penamat 1-2. Buat pertama kali lidah saya kelu tidak tahu apa nak dikatakan,” ujar Ricciardo. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kereta Mewah Terbakar, Pemandu Dan Penumpang Terselamat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aduhhh Jahanam Kereta Gua Brooo

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Reka Bentuk Futuristik, Gamit Peminat Mercedes

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad