web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nomadland Menang Besar Di BAFTA 2021!

Nampaknya BAFTA 2021 kali ini meriah dengan kemenangan yang menampilkan pemenang yang tidak didominasi oleh mereka berkulit putih.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 12:47PM

Gambar: IMDb.com

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Nomadland melakar sejarah apabila mendominasi kemenangan di Anugerah Filem British Academy of Film and Television Arts (BAFTA)  yang berlangsung di Royal Albert Hall, hari ini. 

Nomadland telah membawa pulang trofi kategori filem terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan Sinematografi Terbaik. Apa yang lebih membanggakan ialah, Zhao sekali gus menjadi wanita Asia dan kulit berwarna pertama yang memenangi anugerah pengarah terbaik. 

Gambar: BAFTA / AFP
Gambar: BAFTA / AFP

Sementara itu, trofi pelakon lelaki terbaik disandang oleh Anthony Hopkins menerusi filem The Father. Filem yang sama juga berjaya membawa pulang trofi untuk Filem Adaptasi Terbaik. 

The Promising Young Woman karya Emerald Fennell pula memenangi Filem Original Terbaik manakala filem Pixar, Soul, berhasil membawa pulang Animasi dan Skor Original Terbaik.

Bagi trofi pelakon pembantu terbaik pula, ia dibawa pulang oleh Daniel Kaluuya menerusi filem Judas and the Black Messiah dan Yuh-Jung Youn dari filem Minari.

Gambar: BAFTA / AFP
Gambar: BAFTA / AFP

Majlis anugerah BAFTA 2021 telah diadakan secara virtual selama dua malam akibat penularan COVID-19. Persembahan khas juga telah diadakan untuk memberi penghormatan kepada pemergian Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth yang juga merupakan presiden pertama BAFTA pada 1959. - Getaran, 12 April 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas