web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buletin Gaya: Apa Menarik Minggu ini?

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia fesyen untuk minggu ini.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 2:32PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin gaya minggu ini dimulakan dengan pengumuman wajah kempen oleh Armani Beauty. 

Sementara Thomas Sabo, Royal Selangor dan Tumi melancarkan koleksi terbaharu, Bell & Ross pula terus berkembang di pasaran Malaysia.

#1 Tessa Thomson selaku wajah Armani Beauty

Armani Beauty mengumumkan pelakon, Tessa Thomson sebagai wajah jenama untuk 2022. 

“Idea tentang kecantikan dan budaya global telah berubah dan menjadi lebih terbuka. 

“Apa yang saya suka tentang Armani ialah cara mereka memperkasakan wanita untuk menjadi versi terbaik diri mereka,” ucap Thomson. 

Thomson akan ditampilkan untuk dua kempen terbaharu Armani Beauty seperti Luminous Silk Foundation dan Lip Power.

Kempen ini dipotretkan oleh jurugambar fesyen terkenal dari Sweden, Mikael Jansson. 

#2 Thomas Sabo Ocean Vibes Collection S/S 2022

Thomas Sabo melancarkan Ocean Vibes selaku koleksi musim bunga/panas untuk 2022. Koleksi ini mendapat inspirasi dari lautan yang indah namun penuh misteri.

Gabungan warna-warna samudera seperti biru nilam dan putih mendominasi koleksi ini. Reka bentuk yang minimalis sesuai untuk mereka yang berjiwa muda.

Koleksi ini merangkumi cincin, rantai, loket dan anting-anting yang direka dalam bentuk motif-motif laut, memantulkan rona biru laut yang menenangkan dan sentosa.

#3 Bell & Ross berkembang di Malaysia

Bell & Ross akan meluaskan empayarnya di Malaysia dengan pembukaan dua butik baharu di Pavilion Bukit Jalil dan 1 Utama Shopping Centre.

Permintaan jam jenama mewah ini semakin meningkat di Malaysia, memungkinkan Bell & Ross bakal membuka butik ketiga dan keempat di kawasan Lembah Klang pada masa akan datang.

Gabungan warisan dan modenisasi, pelanggan dijanjikan bukan sahaja produk yang bergaya dan berkualiti, malah perkhidmatan serta pengalaman beli-belah mewah yang sukar dilupakan. 

#4 TUMI Alpha Bravo: Life in Forward Motion

Tumi mempersembahkan koleksi terbaharu, Tumi Alpha Bravo dan mengangkat pemandu F1, Lando Norris sebagai wajah kempen.

Selaras dengan ciri lelaki alfa, Alpha Bravo boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah dan selesa. Tahan lasak, ia diperbuat daripada bahan yang sama untuk membuat payung terjun.

Meraikan reka bentuk inovatif dan praktikal, beg serba boleh ini memberi tumpuan kepada ciri modular, lestari dan ketahanan.  

Koleksi Alpha Bravo merangkumi beg galas, beg sandang, beg bimbit, beg dufel dan beg silang. 

#5 Royal Selangor’s a Walk to Remember

Berikan bapamu satu hadiah yang eksklusif dari Royal Selangor.

Hiasan tongkat yang diperbuat sepenuhnya dengan piuter mewah ini bakal menjadi hadiah yang tidak ternilai, berguna dan simbolik cinta anda kepada orang tua.

Selain cantik dan praktikal, ia juga bakal menjadi aksesori fesyen buat penampilan gah si ayah! - Getaran, 1 Februari 2022

Semua gambar: Jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

2

Gaya 3 hari yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

3

Gaya 6 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

4

Gaya 1 minggu yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN