web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buletin Gaya: Apa Menarik Minggu Ini?

Minggu akhir Julai ini diakhiri dengan berita dari Tumi, Carter’s dan 8SIAN.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 10:00AM

Gambar ihsan jenama-jenama berkenaan.

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu terakhir pada bulan Julai ditutup dengan pengumuman pelancaran jenama baju kanak-kanak Carter’s di Malaysia,  Tumi iaitu  jenama beg berkolaborasi dengan filem Hollywood serta  syarikat NFT melancarkan galeri fesyen maya pertama mereka! 

Gambar ihsan jenama-jenama berkenaan.
Gambar ihsan jenama-jenama berkenaan.

#1 Tumi x Bullet Train

Tumi melancarkan TUMI 19 Degree Aluminum Briefcase yang ditampilkan dalam filem aksi ngeri Hollywood, ‘Bullet Train’. 

Menjelang pelancaran filem ini pada bulan Ogos, Tumi turut melancarkan teka silang kata digital bertemakan filem tersebut.Seramai 20 orang pemenang bertuah telah  dipilih secara rawak.

“Hanya satu jenama beg yang mempunyai gaya sempurna untuk dipadankan dengan barisan pelakon handalan ini. 

“Ia mempunyai ketahanan yang boleh ‘bersaing’ dengan kumpulan pembunuh di dalam salah sebuah kereta api terpantas di dunia,” ujar Jeffrey Godsick, Naib Presiden Global Sony Pictures.

TUMI 19 Degree Aluminum Briefcase ini menampilkan bahagian luaran yang diperbut daripada aluminium dengan reka bentuk yang mengutamakan ketahanan.

Gambar ihsan jenama-jenama berkenaan.
Gambar ihsan jenama-jenama berkenaan.

#2 Carter’s bertapak di Malaysia

Tidak dapat disangkal lagi, ibu bapa sanggup meluangkan masa dan berhabisan wang ringgit untuk membeli-belah pakaian yang comel untuk anak-anak mereka.

Namun, ia tidak bermakna si kecil akan selesa mengenakan pakaian tersebut. Peka dengan masalah ini, Carter’s selaku jenama pakaian kanak-kanak berkualiti ada penyelesaiannya.

Koleksi menawan ini direka khusus untuk pemakaian selesa si kecil dan memastikan ibu bapa tidak perlu khuatir lagi tentang isu keselesaan anak-anak kesayangan mereka.

Ibu bapa kini boleh mendapatkan pakaian kanak-kanak selesa dan berkualiti untuk bayi baru lahir sehingga yang mencecah 24 bulan.

Dengan harga yang berpatutan, Carter’s membuka rangkaian sulungnya di Parkson Elite KL. Ibu bapa juga boleh mendapatkan koleksi pakaian kanak-kanak ini menerusi Lamalolly.

Gambar ihsan jenama-jenama berkenaan.
Gambar ihsan jenama-jenama berkenaan.

#3 Galeri fesyen maya oleh 8SIAN x CIDER

Pelancaran galeri fesyen maya pertama dalam dunia Web 3.0 akan menampilkan karya seni khas 30 gadis 8SIAN dalam persalinan koleksi 8SIAN x CIDER.

Menariknya, setiap busana yang diperagakan mempunyai pautan yang membolehkan pelawat membeli secara langsung.

Dengan setiap pembelian, pembeli juga akan menerima NFT padanan percuma yang boleh disarungkan secara digital!

Kolaborasi antara jenama fesyen dan NFT ini bernilai lebih 1 bilion dolar! Layari galeri 8SIAN x CIDER untuk menjamu mata secara maya dan membeli! - Getaran, 26 Julai 2022

Gambar ihsan jenama-jenama berkenaan.
Gambar ihsan jenama-jenama berkenaan.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini