Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jayakan Kempen Ramadan Raya, Juliana Evans dan Tasha Shilla Melaram Dengan Pakaian Marks & Spencer 

Menerusi kempen ini, kedua-dua nama popular ini turut membintangi sebuah video kempen yang menyaksikan penyatuan mereka pada musim Aidilfitri ini apabila Juliana Evans dan keluarga menyambut kedatangan Tasha Shilla sekeluarga ke rumahnya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 8:00PM

(Dari kiri) Mily, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Haj, Juliana Evans, Tasha Shilla, Raes Zander dan Muhammad Atiq Idris. - Gambar Marks & Spencer

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kurang dari dua minggu lagi, umat Islam akan meraikan Aidilfitri tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa. Ketika ini, masing-masing sedang rancak membuat persiapan. Jika ke pusat membeli-belah, terdapat pelbagai tawaran menarik yang menanti. 

Marks & Spencer, antara jenama runcit yang tidak mahu ketinggalan untuk mewarnai sambutan hari raya kali ini. Baru-baru ini jenama dari United Kingdom ini telah melancarkan kempen terbaharu dengan membawakan pelakon dan ibu, Juliana Evans dan Tasha Shilla menggayakan persalinan lebaran dan menikmati pelbagai juadah yang lazat bersama insan tersayang.

Menerusi kempen ini, kedua-dua nama popular ini turut membintangi sebuah video kempen yang menyaksikan penyatuan mereka pada musim Aidilfitri ini apabila Juliana Evans dan keluarga menyambut kedatangan Tasha Shilla sekeluarga ke rumahnya, dan bersama-sama menikmati pilihan premium Marks & Spencer. 

Kempen ini meraikan semangat musim lebaran dan menggalakkan penonton untuk mengutamakan masa bersama-sama ahli keluarga dan rakan taulan. Hubungan silaturrahim yang dijaga boleh menyatukan dan membawa lebih kebahagiaan dan keceriaan. 

Walau apa juga yang anda perlukan untuk Ramadan dan raya kali ini, Marks & Spencer mampu memenuhi keperluan anda dan menambahkan keceriaan hari raya anda dengan makanan menyelerakan, pencuci mulut yang lazat, dan pakaian yang elegan.

Koleksi Raya jenama ini  dipenuhi dengan ‘khazanah’ yang menyeronokkan, hanya menanti untuk ditemui oleh mereka yang ingin mencipta kenangan manis untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat. 

Gabungan gaya anggun dan keselesaan

Semangat untuk menyambut Syawal jelas terpancar di wajah Juliana dan Tasha sekeluarga. - Gambar Marks & Spencer
Semangat untuk menyambut Syawal jelas terpancar di wajah Juliana dan Tasha sekeluarga. - Gambar Marks & Spencer

Koleksi fesyen Ramadan pusat beli-belah ini sesuai untuk seisi keluarga kerana ia mementingkan gaya dan keselesaan. Lihat sahaja persalinan yang digayakan oleh Juliana dan Tasha. Dengan motif dan warna yang terang, sudah pasti ia menceriakan sesiapa sahaja yang menyarungkannya. 

Rangkaian pakaian wanita termasuk blaus yang chic serta gaun midi dan maxi yang tampil dengan rekaan mempesona. Dengan potongan pinggang labuh, bahu puff kembung dan lengan gaya manset, rekaan fesyen ini menyerlahkan lagi keayuan si pemakai. Koleksi ini boleh didapati dalam warna biru lembut, fuchsia, dan hijau. 

Keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap rekaan pakaian wanita M&S - Gambar Marks & Spencer
Keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap rekaan pakaian wanita M&S - Gambar Marks & Spencer

Untuk pakaian lelaki pula, ia menampilkan baju-baju yang wajib ada dalam koleksi pakaian, seperti seluar chino dan kemeja Oxford yang diperbuat daripada 100% kain kapas. Untuk penampilan yang ringkas pula, rangkaian linen Marks & Spencer menyediakan baju kemeja yang diperbuat khas daripada fabrik tulen, kolar klasik dan plaket butang tersembunyi agar penampilan kemas. 

Seluar chino dan kemeja Oxford yang diperbuat daripada 100% kain kapas wajib ada dalam koleksi pakaian lelaki. - Gambar Marks & Spencer
Seluar chino dan kemeja Oxford yang diperbuat daripada 100% kain kapas wajib ada dalam koleksi pakaian lelaki. - Gambar Marks & Spencer

Bagaimana pula dengan si cilik? Jangan bimbang, ada banyak pilihan menanti. Rekaan yang dipersembahkan bukan sahaja cantik, tetapi ia juga mementingkan keselesaan bagi memastikan setiap kanak-kanak bebas bergerak ke mana sahaja. 

Gaun bercorak bunga dan skirt beropol-ropol mungkin menarik perhatian anda. Begitu juga dengan baju kapas berjalur dan bersulam yang dipadankan dengan seluar pendek chino kapas untuk kanak-kanak lelaki. 

Antara pilihan rekaan kanak-kanak yang selesa dan menarik - Gambar Marks & Spencer
Antara pilihan rekaan kanak-kanak yang selesa dan menarik - Gambar Marks & Spencer

Hidangan memikat selera untuk tetamu

Rumah terbuka pastinya tidak lengkap tanpa hidangan manis dan pedas. Jamulah tetamu anda dengan biskut klasik Marks & Spencer, yang amat sesuai disajikan bersama teh atau kopi.

Rich Tea Biscuits - Gambar Marks & Spencer
Rich Tea Biscuits - Gambar Marks & Spencer

Ada banyak pilihan yang menanti seperti Digestive Biscuits, Rich Tea Biscuits dan Almond Biscuits. Selain itu ada juga Cheese Twist, Redcurrant Puff dan Belgian Chocolates yang dibuat dengan bahan-bahan premium yang menjanjikan pengalaman lazat dan memuaskan dalam setiap gigitan.

Cheese Twist - Gambar Marks & Spencer
Cheese Twist - Gambar Marks & Spencer

Penuhkan meja atau kaunter pencuci mulut anda sajian rangkaian mini bites Marks & Spencer seperti Chocolate Brownie, Chocolate & Orange dan Chocolate Cornflakes, yang dijamin dapat memuaskan selera. 

Chocolate Brownie dan Chocolate Cornflakes - Gambar Marks & Spencer
Chocolate Brownie dan Chocolate Cornflakes - Gambar Marks & Spencer

Tidak mustahil ada yang ‘melekat’ di meja dek kerana ‘jatuh cinta’ dengan kelazatannya. Oh! ada promosi menarik yang boleh direbut. Beli dua bekas pada harga RM57 sahaja ( harga asal ialah RM30.90 setiap satu). 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi Ramadan terbaharu ini, lawati outlet Marks & Spencer di seluruh negara atau secara dalam talian di www.marksandspencer.com/my/. - Getaran, 8 April 2023

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

08 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

2

Selera 1 tahun yang lalu

Seputar Selera Minggu Ini

3

Selera 1 tahun yang lalu

Jangan ‘Fitnah’ Santan, Santan Tak Salah

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Di Sebalik Tabir Pembikinan Wajah TARA Minggu Ini Bersama Che Puan Juliana Evans

Sorotan

1

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

2

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

3

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

4

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

5

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

6

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM