Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan ‘Fitnah’ Santan, Santan Tak Salah

Santan segar khususnya tidak mempunyai kolesterol kerana ia terhasil daripada tumbuh-tumbuhan yang hanya mempunyai kandungan lemak.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 8:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masakan Melayu memang mewah dengan rasa. Proses memasaknya juga mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan proses yang agak renyah. Selain itu, masakan Melayu juga sukar dipisahkan dengan santan. 

Masak lemak cili api, kari, rendang, nasi lemak, lemang, bubur dan pelbagai jenis kuih-muih semuanya menggunakan santan.

Gara-gara santan mendominasi dunia kulinari masakan Melayu, timbullah ‘fitnah’ yang mendakwa santan adalah punca kepada beberapa masalah kesihatan kerana ia tinggi kandungan kolesterol. Salah! Hakikatnya santan tidak mempunyai kandungan kolesterol sama sekali. 

Fakta ini pernah dikongsi oleh beberapa pegawai perubatan sebelum ini. Santan segar khususnya tidak mempunyai kolesterol kerana ia terhasil daripada tumbuh-tumbuhan yang hanya mempunyai kandungan lemak.

Pada setiap 100 gram santan, hanya ada sekitar 230 kalori, 5.54 gram karbohidrat, 15 gram sodium, 2.29 gram protein, dan 23.84 gram (lemak tepu, lemak tidak tepu serta lemak trans). Jadi, apa hubungannya santan dan kolesterol? Jawapannya, ia ada pada kandungan lemak tepu. Memang, lemak tepu kurang baik untuk tubuh jika diambil secara berlebihan. Namun, kandungan gizi ini tidak sama dengan kolesterol. 

Sekali lagi ditekankan santan tidak memiliki kandungan kolesterol. Jadi berhentilah menyalahkan santan. Kandungan lemak yang tinggi pada bahan makanan ini tidak ada kaitannya dengan peningkatan kolesterol tubuh.

Bagaimanapun, jika anda masih tidak gemar menggunakan santan segar dalam masakan harian, anda mempunyai banyak pilihan lain untuk mengantikan santan. Jika ke pasaraya berdekatan, anda boleh lihat ada pelbagai pilihan lain yang sedia menanti. 

Lazat dimakan, dekat di hati 

Salah satu produk pengganti santan segar yang boleh dijadikan pilihan ialah produk Krim Kelapa M&S. Produk yang baru dilancarkan ini diperkenalkan untuk membantu pengguna supaya dapat mengekalkan dan menikmati gaya hidup sihat.

“Hikmah pandemik ini ialah kini ramai yang lebih sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Mereka lebih gemar menggunakan bahan masakan yang sihat dan memilih untuk memasak di rumah bagi mengurangkan kos sara hidup dan semestinya untuk menjaga kesihatan diri.”

“Pepatah Inggeris ada menyebut, “We are what we eat”, dan pemakanan yang seimbang menjadi kunci utama kepada kesihatan. Jadikan Krim Kelapa M&S sebagai bahan masakan wajib di dapur anda,” ujar Pengurus Jenama M&S, Michelle Tan.

Untuk pengetahuan anda, krim kelapa kaya dengan nutrien baik seperti potassium yang penting dalam mengekalkan kesihatan sel-sel badan. Pengambilan potassium harian yang mencukupi dapat membantu mengurangkan risiko darah tinggi, keletihan dan kekejangan otot. 

Krim kelapa juga kaya dengan trigliserida rantaian sederhana. Ia mengandungi asid laurik yang terkenal dengan sifat antiseptiknya dan zink yang dapat mengurangkan risiko radang perut. Berbeza dengan pandangan awam yang percaya bahawa krim kelapa membahayakan kesihatan, pengambilan krim kelapa secara sederhana mampu membawa manfaat lain seperti mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oleh itu, ia dapat membantu penggunanya dalam mencapai kesihatan jantung dan pengurangan berat badan.

Gambar Hiasan Unsplash
Gambar Hiasan Unsplash

Bagi mereka yang mempunyai masalah intoleransi terhadap laktosa, Krim Kelapa M&S adalah satu alternatif yang sesuai kerana anda tidak perlu mengorbankan rasa makanan. Pendek kata, ia dapat membantu pengguna dalam menikmati makanan ‘trendy’ secara lebih sihat.

Selain sesuai untuk hidangan utama dan pencuci mulut, Krim Kelapa M&S juga boleh digunakan dalam pelbagai resepi, daripada juadah tradisional hinggalah ke juadah moden. Krim kelapa juga sesuai untuk diet tanpa daging atau diet ketogenik. Ianya adalah pilihan yang ideal untuk anda yang ingin mengamalkan diet sihat dalam gaya hidup.

Krim kelapa merupakan produk yang telah dinaik taraf menjadikannya lebih berkrim dan kaya dengan rasanya. Oleh itu, ia memang sesuai untuk diaplikasikan dalam pelbagai juadah yang memerlukan tekstur dan rasa yang kaya dan pekat. 

“Kami berharap dapat memberi kesedaran dalam penggunaan krim kelapa sebagai salah satu produk makanan kebanggaan Malaysia. Secara tradisinya, krim kelapa biasa digunakan untuk juadah utama seperti nasi lemak dan aneka kari.”

Bagaimanapun, krim kelapa juga boleh digunakan sebagai pengganti produk tenusu dalam membuat resepi keto. Satu lagi perkara yang anda harus tahu ialah, Krim Kelapa M&S membantu dalam menghaluskan rasa dan menambahbaik tekstur apabila digunakan untuk penyediaan juadah seperti sos, sup ataupun resepi minuman,” ujar Michelle lagi.

Ingin tahu bagaimana untuk menggunakan Krim Kelapa M&S dalam masakan? Tonton Youtube M&S. Untuk mendapatkan lebih banyak resepi dan info, sila layari laman web www.msfood.com.my - Getaran, 30 Mei 2022

Gambar: M&S / Rahayu Mat Nah

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Difitnah Jadi Proksi Gaji Nurul Izzah, Aktivis Buat Laporan Polis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bersalah Memfitnah, Mahfuz Diarah Bayar RM250,000 Kepada Sanusi

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 10 jam yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

oleh Rahayu MN