Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Seputar Selera Minggu Ini

Tarikan Seputar Selera Minggu ini tertumpu kepada perisa baharu Coca-Cola iaitu Coke Marshmellow, kuih bulan ranggi dan dan lima jenis coklat Switzerland untuk pelbagai usia.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 5:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seputar selera minggu ini dimulakan dengan acara Malaysian International Food & Beverage Trade Fair (MIFB).  Bersempena Hari Coklat Dunia, Marks & Spencer memperkenalkan lima jenis coklat dari Switzerland dan diakhiri dengan perisa terbaharu Coca-Cola iaitu Coke Marshmallow serta promosi kuih bulan ranggi dari W Kuala Lumpur.

 

Malaysian International Food & Beverage Trade Fair (MIFB)

Pada awal bulan Julai baru-baru ini, Malaysian International Food & Beverage Trade Fair (MIFB) kembali dengan sebuah acara fizikal di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Acara tersebut memperlihatkan lebih daripada 200 pameran dari 15 buah negara dan wilayah dari serata dunia. 

Bertemakan “Future of Food Business”, MIFB 2022 ia menampilkan solusi, teknologi dan diskusi mengenai cabaran semasa yang berkaitan dengan rantaian bekalan makanan global. Antaranya ialah kekurangan tenaga kerja dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan makanan serta gangguan dalam rangkaian logistik global. 

Sebagai salah sebuah acara pameran perdagangan utama dalam industri makanan dan minuman, MIFB dilihat dapat memainkan peranan yang signifikan dalam mencorak masa hadapan industri tersebut.

MIFB turut mengetengahkan sebuah kolaborasi bersama Thought For Food Foundation (TFF). Ia adalah sebuah organisasi bukan berdasarkan keuntungan yang memperkasakan lebih 30,000 pemimpin generasi muda dari lebih 175 buah negara.

Kerjasama ini bertujuan untuk menjana dan mempertingkatkan usaha perniagaan dalam industri makanan yang seiring dengan negara serantau.

Pada masa yang sama, acara ini menjadi lokasi pengumuman rasmi  Artem Ventures dan PitchIN di mana sebuah dana Neo-Consumer Fund bernilai RM50 juta bakal dilaburkan dalam usaha niaga yang berteraskan perniagaan.

Kek Bulan Ranggi dari W Kuala Lumpur

Hotel W Kuala Lumpur menggabungkan fesyen dan seni pembuatan makanan bertema Moonlit Fever Mooncake Collection sempena musim kuih bulan tahun ini. Konsep tahun ini menampilkan sebuah beg yang sangat bergaya yang mampu menempatkan kuih bulan menyelerakan. Beg ini tampil dalam dua warna iaitu zamrud hijau dan jingga suria terbit.

Kuih bulan mereka mempunyai beberapa perasa seperti kacang merah, pes lotus, pes lotus bersama kuning telur, kacang campuran, tiramisu dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang W Kuala Lumpur.

Coklat Marks & Spencer

Sempena Hari Coklat yang bakal berlangsung pada 28 Julai ini, peruncit multinational dari British iaitu Marks & Spencer memperkenalkan lima jenis coklat yang terdapat di premis mereka. Ia merupakan manisan premium yang diimport dari Switzerland dan dikeluarkan dalam pelbagai aneka bentuk mengikut kesesuaian individu.

Coklat yang pertama adalah M&S Premium Swiss Milk Chocolate Truffles yang sesuai dihadiahkan kepada golongan dewasa atau insan yang tersayang. Malah ia boleh juga dijadikan sebagai hadiah perkahwinan kerana bungkusannya direka dengan begitu kemas dan cantik.

Bagi yang ingin menghadiahkan coklat kepada kanak-kanak, Marks & Spencer menyediakan sejenis coklat yang sesuai dan boleh dijadikan sebagai motivasi kepada mereka untuk  belajar dengan lebih rajin. Coklat tersebut adalah M&S Gigantic Mint Buttons. Bentuknya juga agak comel dan mempunyai sedikit rasa pudina di dalamnya. 

Terdapat juga cokelat yang diperkenalkan khusus untuk individu yang bekerja iaitu coklat M&S Swiss Extra Fine Milk Chocolate Discs, M&S Swiss Chocolate Premium dan M&S Double Chocolate Mini Bites Milk.

Ini kerana reka bentuknya mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan boleh makan sambil melakukan tugasan di atas meja komputer. Anda juga boleh mendapatkan yang dengan melayar laman web rasmi iaitu Marks & Spencer.

Coke Marshmallow

Pada 17 July 2022, jenama gergasi minuman karbohidrat Coca-Cola telah menjalinkan kerjasama dengan penerbit music elektronik yang dikenali sebagai DJ Marshmello. Kolaborasi ini telah menghasilkan perisa baharunya iaitu Coke Marshmellow.

Ia merupakan keluaran edisi terhad yang pastinya digilai pengumpul minuman tersebut. Bagaimanapun, rasanya bukanlah seperti manisan marshmallow yang mempunyai elemen lemak berkrim. 

Sebaliknya, ia dikatakan seperti campuran buah tembikai dan strawberry, malah rasa aftertaste pula seakan-akan rasa gum buah di hujung lidah. 

Tambahan pula, ia dikeluarkan dalam dua variasi iaitu Coke Original dan juga Coke Zero (kurang manis). Buat masa ini, anda boleh mendapatkannya melalui pembelian dalam talian sahaja. - Getaran, 25 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

2

TARA 1 tahun yang lalu

Jayakan Kempen Ramadan Raya, Juliana Evans dan Tasha Shilla Melaram Dengan Pakaian Marks & Spencer 

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN