web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tarikan Terbaharu Untuk Pencinta Seni Dan Budaya Di Hong Kong

Dengan gabungan unik warisan Cina dan budaya Barat, Hong Kong merupakan pusat tumpuan pilihan untuk menikmati seni jalanan, pameran seni moden dan persembahan berkelas dunia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 12:02PM

Muzium Istana Hong Kong sering mempersembahkan pameran istimewa seni dan budaya Cina, serta sebagai seni dan khazanah dari bahagian lain dunia - Gambar ihsan Hong Kong Tourism Board

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersemangat dan bertenaga namun majmuk, Hong Kong terkenal sebagai salah satu pusat perniagaan paling sibuk di dunia. Sebagai kota kosmopolitan yang padat dengan pusat membeli-belah mewah dan restoran lima bintang, banyak yang Hong Kong boleh tawarkan kepada pencinta seni. 

Dengan gabungan unik warisan Cina dan budaya Barat, Hong Kong merupakan pusat tumpuan pilihan untuk menikmati seni jalanan, pameran seni moden dan persembahan berkelas dunia. 

Jika anda seorang pencinta seni dan budaya, pengembaraan anda ke Hong Kong pasti menyeronokkan. Ada banyak tarikan lama dan terbaharu yang boleh anda lawati. 

Jom semak senarai berikut:

 

1.  Melangkah ke pusat seni moden di Hong Kong

Bangunan M+ adalah salah sebuah bangunan terbesar di dunia dan antara tanda tempat paling ikonik di Hong Kong
Bangunan M+ adalah salah sebuah bangunan terbesar di dunia dan antara tanda tempat paling ikonik di Hong Kong

Sangat dinantikan pencinta seni, M+ adalah salah sebuah muzium seni budaya visual moden dan kontemporari terbesar di dunia. Terletak di Daerah Budaya Kowloon Barat, menghadap Pelabuhan Victoria, M+ ialah muzium budaya visual kontemporari sejagat pertama di Asia. 

Koleksi dari Asia yang merangkumi seni visual, rekaan, seni bina dan imej bergerak sambil menawarkan pengalaman kreatif yang interaktif. Selain seni, anda juga boleh membeli-belah dan menjamu selera serta menikmati pemandangan latar langit Hong Kong yang menakjubkan di Roof Garden.

Pada bulan November, M+ akan meraikan ulang tahun pertama dengan Pameran Istimewa Yayoi Kusama: 1945 hingga Kini. Dari karya-karya terawal Kusama hingga ciptaan terbaharunya, pameran ini menampilkan susunan karya seni dengan tema: Infiniti, Akumulasi, Keterhubungan Radikal, Biokosmos, Kematian dan Hayat Tenaga.

Pameran ini juga buat pertama kalinya menampilkan tiga karya baharu kepada penonton: Kematian Saraf (2022), pemasangan berskala besar menyambungkan aras bawah muzium dan tingkat bawah tanah; Obsesi Titik—Mendambakan Cinta Syurga (2022), persekitaran mendalam yang mengandungi salah satu ruang bercermin artis; dan Labu (2022) dua arca besar yang boleh ditonton oleh orang awam di Dewan Utama.

Mula ditubuhkan pada 1962, HKMoA dibuka semula pada hujung November 2019 selepas melalui empat siri renovasi. Terletak di Tsim Sha Tsui, Kowloon, ia menampilkan kontras seluruh dunia, dari lama kepada baharu, Cina kepada Barat, tempatan kepada antarabangsa, dari lensa pandangan Hong Kong.

HKMoA merayakan ulang tahun ke-60 tahun tahun ini dengan ‘Meraikan yang Tak Diraikan’, merangkumi pameran artis-artis terkenal bersama karya yang kurang dikenali daripada empat koleksi teras muzium: Antikuiti Cina, Lukisan dan Kaligrafi Cina, Seni Dagang Cina dan Seni Hong Kong dan Moden.

 

2. Leka dalam kekayaan warisan di Muzium Istana Hong Kong dan Tai Kwun

Seni bina dan rekaan hiasan dalaman Muzium Istana Hong Kong meniru Kota Larangan di Beijing
Seni bina dan rekaan hiasan dalaman Muzium Istana Hong Kong meniru Kota Larangan di Beijing

Buat peminat seni dan budaya Cina, Muzium Istana Hong Kong (HKPM) akan memuaskan rasa seni anda dengan pameran khazanah bernilai.

Membuka pintunya kepada peminat pada Julai 2022, HKPM sering mempersembahkan pameran istimewa seni dan budaya Cina, serta sebagai seni dan khazanah dari bahagian lain dunia. 

Terletak di kawasan 13,000 meter persegi di barat Daerah Budaya Kowloon Barat, Muzium Istana Hong Kong terdiri daripada sembilan galeri dan menampilkan hampir 1,000 khazanah tak ternilai dari Muzium Istana di Beijing. 

Kebanyakannya dipamerkan di Hong Kong buat pertama kali, sementara yang lain tak pernah ditayangkan kepada umum sebelum ini.

Dibuka pada Mei 2018, Tai Kwun ialah salah satu projek pengukuhan semula yang terpenting di Hong Kong. Bangunannya terdiri daripada tiga Monumen Hong Kong yang telah diisytihar – Balai Polis Pusat lama, Mahkamah Pusat dan Penjara Victoria, semuanya telah dipulihara dengan begitu teliti, sentiasa memberi perhatian kepada keaslian. 

Tai Kwun, yang bermakna ‘stesen besar’ dalam Bahasa Cina, nama basahan digunakan oleh orang Hong Kong untuk merujuk kepada ibu pejabat polis yang lama dan kawasan sekeliling. Nama itu diambil untuk mengingati kepentingan sejarah tapak warisan yang masih hidup ini. 

Di samping kekayaan warisannya, pelawat boleh menikmati campuran eklektik pameran seni visual, persembahan muzik dan teater, tayangan filem dan program pendidikan memaparkan sejarah dan budaya Hong Kong. Tai Kwun juga menceriakan pengunjung dengan konsert percuma waktu makan tengah hari, pembukaan malam dan barisan restoran.

 

3. Tonton persembahan tradisional opera kantonis di Pusat Xiqu     

Pengalaman Pengenalan Rumah Teh di Pusat Xiqu
Pengalaman Pengenalan Rumah Teh di Pusat Xiqu

Dibina dengan tujuan untuk memulihara dan mempamerkan seni persembahan tradisional opera Kantonis, Pusat Xiqu ialah tempat pemenang anugerah mempamerkan produksi opera Cina bertaraf dunia dan wilayah lain opera China (xiqu). 

Pusat Xiqu mempersembahkan naskhah daripada pemenang anugerah kumpulan, artis unggul dan bakat baharu, serta menawarkan skala besar drama klasik, produksi wilayah yang unik, dan eksperimen ciptaan kontemporari. 

Teater Utama menampilkan persembahan oleh beberapa kumpulan terbaik di wilayah, sementara Teater Rumah Teh yang direka dalam gaya rumah-rumah teh awal 20-an, ialah rumah kepada Pengalaman Teater Rumah– persembahan sempurna penceritaan Opera Kantonis untuk penonton baharu. 

 

4. Terokai kluster mural ‘Instagrammable’ menarik

Jalan Seni di Sai Ying Pun
Jalan Seni di Sai Ying Pun

Hong Kong mempunyai beberapa mural terbaik di dunia, dengan ramai artis tempatan dan antarabangsa meninggalkan tanda mereka dalam bentuk seni dinding yang memukau. Dari lorong-lorong Pulau Peng Chau ke mural yang tersembunyi di Wan Chai dan Sai Ying Pun, ada kejutan di setiap pusingan jika anda tahu di mana untuk melihat.

Mural-mural ini diperbaharui dari masa ke masa oleh artis-artis jalanan terkenal dan pelbagai kumpulan seni seperti HKwalls, sebuah organisasi tanpa keuntungan yang bertujuan menghasilkan peluang kepada artis antarabangsa untuk mempamerkan bakat mereka di Hong Kong dan peringkat antarabangsa menerusi perantaraan seni dan budaya jalanan.  

Dengan muzium dan pusat seni terkini hingga warisan budaya yang sentiasa mengagumkan, ia satu  pengalaman menyeronokkan untuk pencinta seni dari semua jalan kehidupan. Untuk aktiviti penuh untuk menjadikan kunjungan anda ke Hong Kong sesuatu yang tak dapat dilupakan, sila layari laman web Pengalaman Baharu Di Setiap Sisi. - Getaran, 26 November 2022

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 2 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh