Berita Terkini

6 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 6 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 6 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 6 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 6 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Ubati Kerinduan Pada Makanan Hong Kong di EATZ @ Hong Kong!

Kecur air liur mengenangkan makanan enak di Hong Kong. Untung ada restoran mesra Muslim yang satu ini di sini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 8:40AM

Semua gambar: Sadiq Asyraf Mohd. Yusof

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengimbas kembali perjalanan ke Hong Kong beberapa tahun dahulu, penulis teringat tentang masakan tempatannya yang cukup menyelerakan.

Biarpun mencari makanan halal bukanlah perkara mudah apabila berada di Hong Kong, tetapi penulis dan rakan-rakan berjaya menemui beberapa restoran yang menghidangkan makanan halal. 

Antara menu yang tidak boleh dilupakan sehingga kini ialah dim sum, itik panggang, sup wanton, roti polo, teh ais gaya Hong Kong, tat telur dan mi daging brisket (ah! kecur liur dibuatnya). Pulang ke Malaysia, kesemua menu ini agak susah untuk dinikmati kerana tidak mudah mencari yang halal. 

Jadi, apabila penulis mendapat tahu EATZ @ Hong Kong dibuka di The Gardens Mall, Mid Valley City pada 2019 lalu, hati terpanggil untuk menjamu selera di sini, namun tidak kesampaian kerana pandemik melanda dan lokasi selera ini beberapa kali terpaksa ditutup. 

Namun, baru-baru ini GETARAN mendapat undangan daripada pihak restoran untuk mencuba sendiri beberapa hidangan popular di sini.

Untuk makluman anda, EATZ @Hong Kong berjaya menambat hati ramai peminat makanan Hong Kong kerana ia menghidangkan lebih 100 Menu yang popular di kalangan masyarakat Kantonis Hong Kong dari zaman 50-an sekitar era British kolonial sehinggalah era milenial.

 

Lebih 100 Menu Hong Kong Klasik dan Kontemporari

Diterajui oleh Ketua Chef, Kak Noor, anak kelahiran Terengganu, dengan lebih 10 kakitangan muda mahir di dapur, kemahiran kulinari pasukan ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Mereka mampu menyediakan lebih daripada 100 menu terbaik Hong Kong memandangkan pasukan ini turut dipantau oleh penasihat khas yang juga Chef Kreatif, Johnny Wong yang berasal dan membesar di Hong Kong. 

Antara signature dish yang mesti anda cuba di sini ialah Cheese Baked Chicken Cutlet with Rice, Satay Beef Rice, Curry Seafood Rice dan Australian Beef Striploin. Tidak ketinggalan hidangan ringan seperti Ms Souffle dan tat telur yang lazimnya menjadi pilihan utama masyarakat British dahulu.

Tidak dilupakan hidangan klasik yang terkenal di kalangan masyarakat Hong Kong seperti Smoked Duck with Pumpkin Rice, Polo Bun with Truffle Scrambled Egg, Hong Kong Milk Tea, Hong Kong Ying Yong dan pemanis mulut Osmanthus Jelly dan Red Bean Rice Pudding.

Bagi mengekalkan keaslian dan kesahihan yang menepati piawaian rasa, Chef Kreatif Johnny memastikan pasukannya mendapat bimbingan intensif selama 2 bulan sebelum EATZ @Hong Kong memulakan operasi.

Amat mementingkan kualiti, Chef Kreatif Johnny turut memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan adalah daripada yang terbaik, segar, premium dan yang paling penting diiktiraf HALAL oleh pihak berkuasa tempatan mahupun luar negara.

“Sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan bahan-bahan halal untuk resipi tradisi masyarakat Hong Kong, sebab itu pihak kami banyak mencipta sendiri sos atau perisa makanan yang diperlukan.

“Ini kerana memang dari awal lagi pihak kami mahu memberi peluang kepada masyarakat muslim untuk menjamu selera di sini memandangkan tidak banyak restoran makanan Cina, khususnya masakan Hong Kong yang berstatus halal,” ujar Pengarah Urusan Simply Awesome Sdn Bhd (pengurusan EATZ @Hong Kong), Ms. Valerie Choo.

“Kami juga turut menyediakan beberapa jenis sos dan sambal yang boleh dibawa pulang. Sos dan sambal ini mempunyai rasa asli masakan Hong Kong bagi memudahkan anda yang gemar memasak atau mahu cuba sediakan sendiri masakan Hong Kong di rumah.

“Antara pilihan yang ada ialah Hong Kong Chili Sauce, Hong Kong Swiss Sauce, Hong Kong Curry Paste, dan Hong Kong Black Pepper Paste,” ujar Valerie lagi.

Sementara itu, Valerie juga sempat mengulas tentang dekorasi restoran yang dilihat berorientasikan Hong Kong ketika pasca pemerintahan British Kolonial. Jika diamati, reka bentuk yang ditampilkan di EATZ @Hong Kong sangat akrab dan penuh dengan cerita Hong Kong dan transformasinya yang lebih separuh abad.

“Apa yang cuba kami kongsi ialah bagaimana perjalanan Hong Kong melewati era 50-an mempengaruhi perubahan menu harian mereka. Sebenarnya, alasan yang lebih penting adalah sejarah mereka bersama penjajah yang sedikit sebanyak mengubah rasa dalam ‘seni’ masakan Kantonis itu sendiri.

Pendek kata, selera ‘Mat Salleh’ memainkan peranan penting dalam masakan Kantonis Hong Kong,” ulas Valerie yang mengilhamkan dekorasi restoran ini. 

Anda boleh lihat sendiri perjalanan cerita Hong Kong ini pada lakaran mural di sebahagian dinding restoran.

Mural ini dihasikan oleh anak muda tempatan, Aleff Ahmad, yang menampilkan zaman penggunaan beca roda tiga, seni bina hotel warisan, kereta api, tram sehinggalah bas dua tingkat yang digunakan hari ini.

Sementara itu, sebahagian dinding lain pula memberi fokus kepada sepuluh signature dish yang terdapat di EATZ @Hong Kong, juga dalam bentuk lukisan tangan.

 

Jamu selera bila-bila masa

Beroperasi seawal jam 8.00 pagi, EATZ @Hong Kong turut menyajikan makanan berbentuk set untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan juga set sepanjang hari (all day set).

Kesemua set ini dilengkapi dengan Teh Susu Hong Kong panas (Hong Kong Milk Tea), yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Hong Kong sejak berabad dahulu.

Selain itu, terdapat juga pilihan Kopi Susu Hong Kong (Hong Kong Coffee) atau Ying Yong Hong Kong, iaitu minuman campuran teh dan kopi Hong Kong.

Menariknya, harga untuk set sarapan pagi tidak melebihi RM10 dengan pilihan sarapan seperti tat telur, Polo Bun, bubur, sup ayam makaroni atau Chee Cheong Fun dengan minuman panas. Bagi  yang bekerja di sekitar Mid Valley,  anda boleh menikmati set sarapan pagi sehingga jam 11.00 pagi. 

Set makan tengahari boleh dinikmati sehingga jam 6.30 petang. Terdapat lebih daripada 10 set yang boleh dijadikan pilihan di mana setiap satunya berharga kurang daripada RM20. Sementara untuk set minum petang, ia bermula dari jam 3.00 sehingga pukul 6.00 petang. 

Sempena bulan Ramadan ini, mungkin anda boleh memilih untuk membawa pulang hidangan yang diinginkan untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Terdapat kaunter ‘takeaway’ yang terletak di hadapan restoran untuk kemudahan pelanggan. – Getaran, 17 April 2021

Isu Pada

Hamparan Doa Kilafairy

17 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Arif Aiman, Dos Santos Dilepaskan Akibat Kecederaan

2

Sukan 1 hari yang lalu

Arif Aiman Tidak Jalani Latihan Bersama Harimau Malaya

3

TARA 2 minggu yang lalu

Makanan Halal Dan Mesra Muslim Yang Boleh Anda Cuba Di Taiwan

4

Selera 3 minggu yang lalu

Rasa Unik Piza Dibakar Dalam Ketuhar Bata

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

Toyota Vios Serba Baharu Lebih ‘Sporty’ Dan Garang

oleh Izwan Ramlan

TARA 1 hari yang lalu

Istanbul Bersedia Persembahkan Festival Bunga Tulip Yang Diadakan Pada Setiap April

Pemandangan indah boleh dinikmati di Emirgan Grove, Gülhane Park, Yıldız Grove, Soğanlı Botanic Park, Beykoz Grove, Büyük Çamlıca Grove, Küçük Çamlıca Grove, Fe...

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Lakukan 5 Amalan Ini Untuk Kumpul Pahala Berganda Di Bulan Ramadan

Memetik tulisan Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman, Allah melalui Al-Quran menjelaskan bahawa satu amalan boleh digandakan kepada 10, kemudian boleh digandakan menjad...

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Petal Ads Platform Pengiklanan Digital Terkini Dari Huawei

oleh Izwan Ramlan