web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 8:10PM

Roger Ng atau Uncle Roger

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelawak kelahiran Malaysia dan juga sensasi Youtube, Nigel Ng atau lebih dikenali  sebagai  ‘Uncle Roger’ bakal membuka  restoran pertamanya di Malaysia. 

Ng mengumumkan rancangan pembukaan restoran itu dalam video terbaharunya "Uncle Roger Miss Anthony Bourdain" yang dimuat naik di akaun YouTube.

“Jika anda suka makanan, anda perlu melawat negara Uncle Roger. Terdapat banyak bahan (makanan) di sini yang anda tidak boleh dapatkan di luar negara. 

“Satu lagi sebab untuk melawat Malaysia adalah, Uncle Roger akan membuka restoran pertama saya di sini,” kongsinya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, Ng tidak memperincikan status restoran berkenaan, sama ada halal atau sebaliknya.

Untuk info, video itu merupakan dedikasi khas buat cef selebriti, mendiang Anthony Bourdain ketika lawatannya di Pulau Pinang untuk mencuba pelbagai jenis makanan tempatan.

“Saya amat sedih tidak berpeluang untuk berjumpa dengan Anthony Bourdain. Jika kami berjumpa saya yakin kami akan serasi.

“Ini kerana Anthony seorang cef yang suka keaslian dan kesederhanaan dalam makanan, sama seperti saya,” katanya.

Ng mula mencipta nama dan menjadi bintang YouTube terkenal selepas satu videonya yang mengkritik nasi goreng disediakan seorang cef selebriti British, Jamie Oliver tular pada 2020.

Sejak itu, kelibatnya mula ditunggu-tunggu apatah lagi beliau sering menjadikan cef selebriti barat sebagai ‘mangsa’.

Antara yang pernah menjadi 'bahan' untuk videonya ialah Martha Stewart dan cef terkenal Australia, Andy Cooks. 

Uncle Roger kini memiliki 5.99 juta pengikut di YouTube. - Getaran, 3 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Oh Yeah Banana Leaf Buka Cawangan Ke-4, Tawar Pelbagai Hidangan Unik

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar