web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Oh Yeah Banana Leaf Buka Cawangan Ke-4, Tawar Pelbagai Hidangan Unik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2024 6:17PM

Dari kiri, Babu Ramachandran, Denes Kumar dan Vincent Dass bergambar di hadapan Oh Yeah Banan Leaf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia sememangnya syurga makanan yang menawarkan pelbagai juadah enak dan menyelerakan.

Kepelbagaian kaum di negara ini menjadikan rakyatnya mewah dengan segala macam makanan, dan bukan sesuatu yang mustahil jika hidangan tradisi sesuatu kaum itu turut menjadi kegemaran etnik lain.

Nasi daun pisang misalnya, sekian lama menjadi kegemaran komuniti lain walaupun ia adalah makanan tradisi masyarakat India.

Sesuai nama, hidangan beralaskan lembaran daun pisang ini lazimnya terdiri daripada nasi, dua atau tiga jenis sayuran, kari serta lauk-pauk pilihan seperti ayam dan ikan yang digoreng panas-panas.

Kerana populariti yang diraih, restoran yang menyajikan hidangan ini sering menjadi tumpuan, malah di lokasi tertentu, pelanggan perlu berbaris panjang untuk mendapatkan tempat duduk!

Atas sebab itu, rangkaian restoran nasi daun pisang Oh Yeah Banana Leaf  nekad membuka cawangan keempat, sebagai alternatif untuk penggemar.

Turut terkenal dengan hidangan beriani buluh, nama Oh Yeah Banana Leaf sebelum ini sentiasa bermain di bibir pengunjung, termasuk pelancong luar negara.

Memiliki tiga cawangan awal di Bukit Bintang, Batu Caves dan Brickfields, keistimewaan Oh Yeah Banana Leaf terletak pada kesegaran bahan digunakan.

Sedikit berbeza dengan cawangan lain, restoran keempat ini dimiliki tiga rakan kongsi iaitu Babu Ramachandran, Denes Kumar dan Vincent Dass.

Untuk info, Babu ialah pengasas Oh Yeah Banana Lead manakala Denes ialah aktor India popular negara yang sangat terkenal menerusi trilogi filem Pasangge.

Pelancaran cawangan keempat Oh Yeah Banana Leaf
Pelancaran cawangan keempat Oh Yeah Banana Leaf

Denes ketika ditemui pada pelancaran restoran berkata, beliau amat teruja dapat meneroka peluang baharu dalam kerjaya.

Katanya, pembukaan cawangan tersebut sebagai menampung permintaan pelanggan yang amat gemarkan beriani buluh.

“Berbeza dengan cawangan terdahulu, restoran keempat ini tampil dengan pelbagai menu yang telah ditambah baik, termasuk kari kepala ikan yang diadun menggunakan ramuan rahsia.

“Keunikan Oh Yeah Banana Leaf terletak pada penggunaan daun pisang sebagai alas hidangan yang memberikan aroma semulajadi dan rasa istimewa kepada setiap sajian. Selain itu, resepi khas serta cara penyediaan makanan di sini ialah rahsia kami pemikat selera pelanggan,” katanya.

Jelas Denes, antara hidangan yang sering menerima permintaan pelanggan ialah beriani kambing, ayam, ikan, udang dan ketam.

“Hidangan berasaskan sayuran juga menerima permintaan tinggi,” katanya.

Lebih menarik, Oh Yeah Banana Leaf juga menyajikan hidangan istimewa seperti lamb shank, naan tandoori dan Panni Puri.

Oh Yeah Banana Leaf terletak di Jalan Rawang ke Kundang, bersebelahan stesen minyak Petronas yang bertentangan dengan pusat beli belah AEON Anggun Rawang.

Sementara itu, kata Babu, beliau agak teruja dengan pembukaan keempaf restoran berkenaan yang diasaskan oleh ibunya beberapa tahun lepas, ketika negara sedang berdepan ancaman pandemik COVID-19.

“Saya teruja tengok pencapaiannya hari ini, pelbagai onak duri telah dilalui tapi saya gembira kerana sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas serta pastinya membuahkan hasil,” ujarnya. - Getaran, 22 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad