web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hong Kong Peak Tram Beroperasi Kembali Dengan Wajah Baharu

Peak Tram wajah baharu menampilkan trem hijau klasik, sebagai tanda mengekalkan warisannya dan memperingati trem generasi terdahulu yang diperkenalkan pada abad ke-20.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 12:03PM

Trem terbaharu ini boleh membawa 210 penumpang dalam satu masa - Gambar ihsan Hong Kong Tourism Board

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peak Tram, kereta api funikular tertua di Asia dan tarikan yang mesti dikunjungi di Hong Kong, kini beroperasi semula setelah lama direhatkan gara-gara pandemik COVID-19.

Lebih menarik lagi, ia turut diberikan wajah baharu bagi mencipta pengalaman yang lebih menyeronokkan. Sambil menikmati panorama Pelabuhan Victoria, bolehlah merakam memori sepanjang perjalanan ke atas.

Bagi memastikan lawatan anda ke tarikan ini sukar dilupakan, banyak kemudahan yang dinaik taraf demi keselesaan pengunjung dan ini menjadikannya sebagai salah satu perkembangan terkini dalam banyak tarikan dan pengalaman pelancongan yang tersedia di Hong Kong.

Sejarah seratus tahun Peak Tram sejak tahun 1888 ‘dihidupkan’ dalam pengalaman dinamik di The Beating Heart, An Icon is Born dan Once Upon a Tram
Sejarah seratus tahun Peak Tram sejak tahun 1888 ‘dihidupkan’ dalam pengalaman dinamik di The Beating Heart, An Icon is Born dan Once Upon a Tram

Peak Tram wajah baharu menampilkan trem hijau klasik, sebagai tanda mengekalkan warisannya dan emperingati trem generasi terdahulu yang diperkenalkan pada abad ke-20.

Bagaimanapun, trem terbaharu ini boleh membawa 210 penumpang dalam satu masa, iaitu peningkatan kapasiti sebanyak 75%. Tingkapnya juga lebih besar, menawarkan pemandangan panoramik yang tidak terhalang dari latar langit Hong Kong yang terkenal di dunia.

Selain mempersembahkan reka bentuk trem yang moden, terminal trem juga telah diperbaharui. Terdapat lima zon yang menawarkan pengalaman menarik dan menghiburkan kepada penumpang.

Apabila pengunjung memasuki Central Terminus, pelawat dialu-alukan oleh Eye of Infinity, sebuah arca setinggi 10 meter yang memaparkan paparan cahaya yang sentiasa berubah yang melambangkan semangat kebangkitan Hong Kong. 

Manakala,  Go Wild At The Peak mempamerkan kepelbagaian hidupan liar yang ditemui di puncak dengan persembahan video. Sejarah seratus tahun Peak Tram sejak tahun 1888 ‘dihidupkan’ dalam pengalaman dinamik di The Beating Heart, An Icon is Born dan Once Upon a Tram.

Pemandangan dari puncak The Peak - Gambar oleh Rahayu MN
Pemandangan dari puncak The Peak - Gambar oleh Rahayu MN

 

5 fakta dan tip perlu tahu tentang The Peak Tram

1) Perjalanan dari stesen pertama ke stesen terakhir hanya mengambil masa 7 minit dengan trek vertikal hampir sepanjang jalan. Trem mendaki curam sejauh 396 meter dan tersedia setiap 10 hingga 15 minit dari waktu dibuka.

2) Untuk mendapatkan pemandangan terbaik pelabuhan dan kota Hong Kong, anda harus memilih tempat duduk di sisi kanan trem!

3) Jika tidak mahu beratur panjang, elak waktu hujung minggu dan hari kelepasan am. Jika tiada pilihan, pastikan anda sampai pada awal pagi.

4) Jika anda berada di puncak pada jam 8.00 malam, jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan Symphony of Lights yang diadakan di Pelabuhan Victoria. Bagaimanapun, siap sedia untuk beratur panjang untuk menaiki trem ke bawah.

5) Sky Terrace 428 menawarkan sudut pandang terbaik di puncak. Ia menjanjikan pemandangan panorama 360 darjah menakjubkan dan jelas. Lihat sendiri kepesatan pembangunan kota metropolitan yang pernah dijajah oleh British ini. - Getaran, 4 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa