web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shila Amzah Kongsi Lokasi Wajib Pergi Di Hong Kong

Tiga tahun di Hong Kong telah membuatkan Shila berkesempatan meneroka keindahan tempat yang digelar Bandar Dunia Asia itu. Berikut adalah lokasi pilihan Shila Amzah.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 2:50PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak memenangi pertandingan nyanyian berprestij Asian Wave di Shanghai pada tahun 2012, penyanyi dan komposer anak jati Malaysia, Shila Amzah berjaya menempatkan dirinya dalam kelas  tersendiri setelah menembusi pasaran industri hiburan China. 

Semestinya, ia adalah kesempatan yang diinginkan banyak orang tapi tak semua memiliki tuah seperti pelantun lagu 'Patah Seribu' ini.

Shila menikmati pemandangan Fringe Club
Shila menikmati pemandangan Fringe Club

Bertapak membina nama di China membuatkan Shila mengambil keputusan untuk tinggal di Hong Kong selama tiga tahun. 

Hidup berkelana di tempat asing, membuatkan anak kelahiran Kuala Lumpur itu belajar untuk berdikari dan cepat menyesuaikan diri di tempat baru walaupun berjauhan dengan keluarga tercinta dan sahabat karib di Malaysia.

Tiga tahun sudah cukup membuatkan Shila jatuh hati dengan keindahan Hong Kong yang digelar Bandar Dunia Asia ini. Apalagi masyarakatnya yang terbuka dengan budaya dan meraikan kepelbagaian bangsa  membuatkan Shila selesa tinggal di sana. 

Menyingkap kembali kenangan dan pengalamannya sepanjang di bumi Hong Kong. Dia sempat bercerita beberapa lokasi yang selalu menjadi pilihannya dan wajib anda kunjungi jika ke Hong Kong. 

 

Pelabuhan Wan Chai

Shila menikmati jalan-jalannya di bandar
Shila menikmati jalan-jalannya di bandar

Shila sangat menyukai tempat yang mempunyai indah untuk mencari inspirasi. Sebab itulah dia selalu memilih berjalan di Pelabuhan Wan Chai pada waktu senja. Menurutnya lagi, jika anda ingin melihat bagaimana Hong Kong bersinar pada waktu malam, inilah lokasi yang sesuai.

 

Masjid Kowloon

Masjid Kowloon dan daerah membeli-belah Tsim Sha Tsui
Masjid Kowloon dan daerah membeli-belah Tsim Sha Tsui

Juga menjadi lokasi masjid pilihan bagi penyanyi ini kerana struktur serta reka bentuk masjid ini menonjolkan ciri-ciri seni bina Islam klasik seperti kubah, tingkap berkisi dan memberikan aura santai kepada Shila. Bukan itu sahaja, ia juga terletak di tengah-tengah kawasan pusat beli-belah Tsim Sha Tsui. Ia  memudahkan urusan ibadah kepada pelancong yang  sibuk berbelanja.

 

Ocean Park Hong Kong

Restoran yang disahkan halal di Ocean Park
Restoran yang disahkan halal di Ocean Park

Menurut Shila, makanan halal bukanlah satu masalah di Hong Kong. Dia akan mengisi perut di restoran yang halal serta lengkap dengan bilik solat untuk memudahkan pengunjung. Tidak hanya restoran yang menarik, terdapat juga tarikan lain di taman tema itu seperti pelbagai jenis haiwan serta permainan.

 

Sneakers Street

Jika anda seorang hijabi yang gemar berfesyen seperti Shila, Sneakers Street di Mong Kok adalah lokasi paling sesuai untuk anda. Pelbagai corak, warna dan reka bentuk kasut sneakers ada di sana. Ia adalah lokasi wajib pergi yang Shila akan bawa sekiranya rakan-rakan dari Malaysia datang melawatnya di sana. 

Bagi Shila, sekiranya anda mempunyai kesempatan untuk meneroka tempat baru, maka jangan lupa untuk mengisi masa yang ada dengan mencuba makanan di sana serta berbual dengan masyarakat di sekitarnya untuk mengetahui lebih dekat corak kehidupan mereka di sana. 

Ternyata, Shila berharap pandemik yang melanda dunia ini akan segera mereda agar dia boleh pulang ke Hong Kong semula. Negara itu sudah seperti rumah buatnya dan banyak perkara telah dipelajarinya di sana. Jika anda berkesempatan untuk ke sana, jangan lupa lokasi yang dicadangkan Shila ini ya! - Getaran, 20 Mei 201

Semua gambar: Ihsan Discover Hong Kong

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi