web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

Pasangan ini menamakan puteri mereka dengan nama Rhea Akira

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 8:21AM

Shila dan Ubai bersama cahaya mata mereka yang selamat dilahirkan malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Debaran menantikan kelahiran cahayamata pertama untuk pasangan popular Shila Amzah dan Ubai akhirnya tiba ke penghujungnya apabila Shila selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Khamis malam.

Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Ubai menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya. Hantaran itu memperlihatkan dia tersenyum di sisi isteri tercinta dan turut memaklumkan, Shila kini berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.

“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga.

Dalam masa yang sama, Ubai juga turut menyelitkan ingatan buat bonda tercinta yang telah meninggal dunia akibat kanser.

“Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak gembira. Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat.

“Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira,” tulisnya. 

Sementara itu, Shila juga telah memuat naik satu video yang memaparkan detik-detik yang dilalui bersama Ubai sebelum dia melahirkan. 

“Ahamdulillah bayi perempuan kita telah pun selamat dilahirkan. Rhea Akira. Saya sentiasa percaya dengan ketentuan Tuhan. Saya percaya dengan perancangNya lebih daripada segala-galanya. Allah Maha Besar.”

“Terima kasih sayang kerana bersama saya @ubaimz, anda telah menjadi papa yang hebat kepada Seth, dan kini kita mempunyai Rhea untuk lebih tawa dan gembira sebagai empat sekeluarga!,” tulis Shila pada video terbabit. 

Ubai dan Shila pada resepsi perkahwinan mereka.
Ubai dan Shila pada resepsi perkahwinan mereka.

Shila dan Ubai selamat diijabkabulkan pada 5 Ogos 2023. Sebelum ini penyanyi yang popular dengan lagu ‘Patah Seribu’ ini pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018, namun berakhir dengan perceraian pada 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia 5 tahun. - Getaran, 10 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Aishah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Yana Samsudin, Suami Timang Cahaya Mata Ketiga

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syifa Melvin, Safawi Rashid Sambut Kelahiran Anak Pada Sabtu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang