web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

Pasangan itu meminta peminat mendoakan supaya kandungan Shila selamat dan dipermudahkan segala urusan

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 8:20PM

gambar Instagram Shila Amzah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Shila Amzah, 34, dan suaminya, pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 26, pada Khamis mengumumkan bahawa Shila kini sedang berbadan dua. Berita gembira itu dikongsi menerusi satu rakaman video mengenai kisah suka-duka yang mereka lalui sepanjang tahun lalu.

Menurut Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 34, dia dan suami mengambil masa untuk berkongsi berita gembira tersebut kerana ingin memastikan proses kehamilannya berjalan lancar terlebih dahulu pada awal kehamilan.

“Ada sebab kenapa baru kami umumkan sekarang. Kami mahu pastikan kehamilan ini berjalan lancar pada peringkat awal. Doakan kami agar kehamilan ini dipermudahkan,” ujar Shila.

Pasangan berkenaan melangsungkan perkahwinan pada 5 Ogos 2023 dalam satu majlis yang diadakan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

Mereka dinikahkan sendiri oleh bapa Shila, Datuk Amir Amzah atau ND Lala. Pada majlis itu, Shila menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala hantaran dirahsiakan. – Getaran, 5 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Kandungan Berusia 5 Bulan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa