web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

Berita gembira ini dikongsi pada Ahad menerusi satu hantaran video

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 8:37AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular yang juga isteri kepada Kamal Adli, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32 atau Uqasha Senrose pada Ahad berkongsi berita gembira yang dia kini sedang hamil anak pertama.

Berita itu diumumkan oleh bintang filem Sumpahan Jerunei ini di akaun Instagram miliknya menerusi sebuah hantaran video.

"Syukur Ya Allah. Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza. Dan ini antara rezeki yang paling besar untuk saya. Gementar dari nak jadi isteri dan sekarang gementar untuk jadi ibu pula,” tulisnya.

Tambah Uqasha, ramai yang bertanya tentang kehamilannya sebelum ini, namun dia bimbang untuk memberikan jawapan kerana pernah mengalami keguguran sebelum ini.

“Ramai yang bertanya kenapa saya tak jawab-jawab. Sebab dah gugur jadi saya takut. Biarlah saya sendiri yang cakap.

“Doakan yang baik-baik untuk saya dan bayi. Terima kasih kepada yang mendoakan. Jodoh, ajal, rezeki semuanya dari Dia.

“Jujur sedih bila orang cakap kenapa keluarga Senrose semua tak ada zuriat. Bila dapat tahu, saya rasa bahagia sangat. Allah maha mengetahui. Jodoh, ajal, maut, rezeki semua dari Dia,” tulisnya.

Kongsinya lagi, apabila bakal menjadi ibu, dia sudah tidak mementingkan kecomelan atau kecantikan, sebaliknya hanya mementingkan kesihatan anak yang bakal lahir nanti. 

Terdahulu, sebelum ini tular di media sosial apabila seorang doktor dikatakan mendedahkan berita tentang kehamilan Uqasha. Namun aktres jelita itu mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Ini adalah kehamilan ketiganya kerana sebelum ini dia pernah memaklumkan mengalami keguguran sebanyak dua kali. Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022. - Getaran, 16 Januari 2023

Foto : Instagram Uqasha

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa