web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 6:21PM

Rodzi Abu Hassan (tengah) bersama pegawainya menunjukkan ganja yang ditemukan dalam 4WD dinaiki sepasang suami isteri di Kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Sepasang suami isteri yang sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung, ditahan bersama 10 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM32,000  di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan berkata, ketulan mampat ganja yang dibalut dengan plastik lutsinar itu ditemukan dalam ruang kosong, di bawah tempat duduk penumpang belakang kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka.

Katanya, kenderaan tersebut ditahan dan diperiksa kira-kira jam 11.50 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam.

"Semakan mendapati suspek lelaki yang berusia 34 tahun memiliki lapan rekod kesalahan dadah dan dua rekod kesalahan jenayah manakala wanita berumur 35 tahun itu pula mempunyai tiga rekod kesalahan dadah.

"Pemeriksaan lanjut terhadap Toyota Hilux terbabit mendapati 4WD bukan milik mereka, sebaliknya dimiliki individu lain di negara jiran, malah tangki minyak kenderaan berkenaan telah diubah suai seperti yang selalu digunakan oleh penyeludup petrol," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dekat sini, hari ini.

 Rodzi Abu Hassan (kanan) menunjukkan ruang kosong di bawah kerusi penumpang belakang yang menjadi tempat menyorokkan ganja - gambar Rafisqi Radhi
Rodzi Abu Hassan (kanan) menunjukkan ruang kosong di bawah kerusi penumpang belakang yang menjadi tempat menyorokkan ganja - gambar Rafisqi Radhi

Beliau menarik perhatian, suspek perempuan disahkan hamil sembilan bulan dan dijangka melahirkan anak pada 21 Januari nanti.

"Kedua-dua mereka merupakan penganggur dan turut disahkan positif dadah jenis ganja hasil daripada ujian air kencing yang dijalankan. Keduanya kini ditahan reman sehingga 14 Januari," katanya.

Rodzi memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut seksyen Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada pasangan tersebut mempunyai rangkaian dengan sindiket tertentu atau bertindak sendirian.

"Difahamkan dadah tersebut adalah untuk pasaran utara Semenanjung dan jika terlepas ke pasaran, boleh digunakan oleh kira-kira 3,200 penagih," katanya.  - Getaran, 10 Januari 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Keluarlah Mengundi, Ulangi Sejarah 2018, Ubah Landskap Politik Johor’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 38 minit yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

oleh Sophia Ahmad