web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 5:37PM

Fadziyani Mohamed diiringi pegawai SPRM selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang jurutera awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan bersubahat bersama seorang pengurus syarikat untuk menipu kakitangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Kedah.

Penipuan tersebut adalah bagi meluluskan pembayaran sebanyak hampir RM20,000, enam tahun lalu.  

Tertuduh, Fadziyani Mohamed, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut kertas pertuduhan, Fadziyani yang merupakan bekas Ketua Unit Tentera Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, didakwa bersubahat bersama pengurus sebuah syarikat untuk menipu seorang pembantu akaun JANM Kedah.

Penipuan itu dibuat bagi meluluskan pembayaran baucar bernilai RM19,950 kepada syarikat berkenaan sebagai yuran perkhidmatan kursus latihan kakitangan pemasangan penyaman udara.

Pembayaran terbabit dipercayai tidak akan dibuat sekiranya kakitangan JANM tersebut tidak diperdayakan oleh mereka yang bersubahat.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan pada 31 Mei 2019 di JANM Daerah Kota Setar dekat sini.

Kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Zulfadli Azharudin mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan tertuduh diwakili peguam, Mohd. Norazam Majid.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang kini sudah berpindah ke Ibu Pejabat JKR di Kuala Lumpur, boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama. 

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon agar mahkamah menetapkan kadar jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan kepada tertuduh, iaitu menyerahkan passport kepada mahkamah serta perlu melapor di Pejabat SPRM terdekat, setiap bulan.

Pihak pembelaan dalam sesi mitigasi bagaimanapun memohon agar jumlah jaminan ditetapkan pada kadar minimum memandangkan gaji tertuduh sebanyak RM7,000 sebulan akan dipotong separuh setelah dituduh di mahkamah hari ini.

Tertuduh juga telah kematian suami sejak 2019, selain tidak memiliki kenalan atau saudara-mara di kawasan terdekat dan peguamnya sendiri akan bertindak sebagai penjamin.

Tertuduh yang memohon untuk mencelah turut diberikan ruang bercakap dalam sesi rayuan. 

Menurutnya, dia memiliki banyak hutang dan tidak mempunyai simpanan untuk membayar jaminan sebanyak RM30,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan kadar jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh turut diarahkan untuk menyerahkan passport serta melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Mei 2024. - Getaran, 22 April 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar