web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Buat Kerjalah Sanusi, Tak Perlu Sarkastik Sangat" - Mahdzir 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 4:30PM

Mahdzir Khalid (dua, kanan) bersalaman dengan penduduk kampung pada Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Zon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu semalam - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - "Tak payahlah nak cerita kononnya 'belah' sini baik dan di sana kurang baik...Laksanakan saja tanggungjawab sebagai Menteri Besar,".

Itu teguran sinis Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Teguran tersebut menyusul dakwaan Sanusi, kononnya pentadbiran kerajaan negeri hari ini di bawah teraju Perikatan Nasional (PN) jauh lebih baik, malah diibaratkan seperti langit dan bumi, jika mahu dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) suatu ketika dulu, khususnya dari aspek kewangan.

Menurut Mahdzir, Muhammad Sanusi juga tidak perlu bersikap sarkastik terhadap pentadbiran terdahulu, memandangkan beliau memiliki tanggungjawab dan amanah selaku Menteri Besar bagi menyempurnakan perkara yang dirasakan perlu untuk negeri.

"Sebagai Menteri Besar, tak bolehlah ambil 'sikit-sikit' untuk cerita kononnya di sini baik dan di sana kurang baik. Cerita saja tentang keadaan negeri pada waktu ini kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab memimpin Kedah selaku Menteri Besar sekarang.

"Sama ada hal hutang atau hendak baiki sana-sini, itu tanggungjawab beliau sekarang. Maka laksanakanlah tanggungjawab itu termasuk perkara yang dinyatakan sebelum ini seperti buat litar lumba, stadium baharu dan lapangan terbang.

"Tak payah cerita hal dulu-dulu tentang hutang sana sini dan tak perlu guna perkataan sarkastik. Cakap saja terus terang yang dulu Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab dan kini, dirinya yang bertanggungjawab sebagai kerajaan Perikatan Nasional (PN)," katanya.

Mahdzir menyatakan demikian ketika ditemui pemberita ketika hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Zon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu di Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dekat Kampung Bukit Kura, Pedu di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau yang mesra disapa sebagai Tok Det berkata, setiap hutang dibuat kerajaan negeri dari kerajaan Persekutuan oleh pentadbiran terdahulu sudah tentu digunakan untuk rakyat, bergantung kepada keperluan ketika itu.

Malah katanya, kerja-kerja bagi urusan bekalan air luar bandar sebelum ini pun turut dianggap sebagai pinjaman oleh kerajaan Persekutuan kepada negeri.

"Sewaktu kita buka Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), hendak buat Loji Rawatan Air (LRA) di situ juga dikira sebagai pinjaman. Setiap tahun ada pinjaman tetapi semua itu membabitkan kerja-kerja melibatkan kemudahan rakyat dan sampai satu ketika, hutang-hutang itu dihapus kira.

"Walaupun kita berhutang, tetapi perkara yang lebih penting adalah kita menggunakannya untuk memberi kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, bekalan air, surau dan sebagainya. Meskipun perbelanjaan itu dalam bentuk pinjaman, tetapi itu masih satu tanggungjawab Persekutuan kepada rakyat yang telah dilaksanakan sejak berpuluh tahun lalu," katanya.

Dalam hal itu jelas Mahdzir, terlalu banyak perkara yang boleh diceritakan terutamanya berkaitan kerjasama antara jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri.

"Kalau untuk LRA, sekali buat pinjaman pun dah cecah RM800 juta. Selain itu KEDA juga sejak ditubuhkan dah belanja sampai RM1.6 bilion untuk Kedah.

"Kalau ungkit bab itu, dah jadi cerita lain pula," katanya. - Getaran 5 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad