web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 5:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Aktiviti bermain wau pada waktu malam mungkin kedengaran aneh namun kreativiti ditampilkan golongan belia di Kampung Panchor dekat sini, membolehkan kegiatan tersebut dilakukan.

Ia sekali gus mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan mereka, terutamanya selepas solat terawih di sepanjang Ramadan.

Dengan meletakkan diod pemancar cahaya (LED) di wau masing-masing, langit malam yang biasanya kelam dihiasi dengan pelbagai warna hingga menarik minat lebih ramai penduduk setempat untuk menyertainya.

Menurut seorang belia di situ, Muhammad Ammar Mohd. Kamal, 24, idea untuk bermain wau pada waktu malam mula timbul berikutan cuaca panas yang melanda beberapa negeri termasuk Kedah ketika ini.

"Ada satu ketika sewaktu selepas terawih, kami melepak bersama kawan-kawan sambil membuat wau. Kemudian terbit idea untuk mencari kemeriahan dengan meletakkan LED dan menerbangkan wau pada waktu malam.

"Tambahan pula ketika ini angin cukup 'cantik' tetapi cuaca pada waktu siang cukup panas sampaikan jam 6.30 pun masih terasa terik. Jadi kami cuba untuk terbangkan wau pada waktu malam dengan meletakkan lampu supaya kelihatan cantik di langit.

"Akhirnya semakin hari, semakin ramai yang menyertai. Biasanya kami akan mula menerbangkan wau bermula jam 11 malam dan berlarutan untuk tempoh beberapa jam," katanya.

Rakannya, Muhammad Firdaus Ahmad, 26, berkata kos untuk membuat wau dengan lampu LED itu tidaklah terlalu tinggi dengan sebiji LED cuma berharga RM2.

"Bateri pula boleh bertahan selama tiga atau empat hari. Dengan kos sebegitu, makin ramai anak-anak muda yang menyertai hinggakan rakan-rakan dari tempat lain juga sudah mula bertanya-tanya untuk turut serta.

"Kami cuma mahu memanfaatkan musim angin timur kerana angin pada waktu petang biasanya 'tiba' lewat dan terlalu hampir dengan waktu berbuka puasa. Jadi kami bermain pada waktu malam dengan cahaya lampu jelas kelihatan di langit mengikut hiasan pada wau masing-masing," katanya.

Dalam pada itu Timbalan Pengerusi Komuniti Penduduk Kampung Panchor, Muhamad Mohd. Saad, 65, berkata kreativiti anak muda kampung tersebut dalam memeriahkan suasana malam membuatkan kalangan perantau merasa sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

"Ada dalam kalangan anak-anak muda ini yang memuat naik gambar serta video mereka bermain wau dalam kumpulan Whatsapp. Apabila mereka berbuat demikian, golongan perantau mula 'menyahut' dan menyatakan rasa tidak sabar nak balik kampung.

"Mereka turut rasa seronok untuk turut serta dalam aktiviti ini. Sampai ada yang minta supaya aktiviti bermain wau ini diteruskan sampai habis puasa," katanya. - Getaran, 28 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN