web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 4:22PM

Pendedahan kepada cuaca panas yang berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedah mencatatkan jumlah tertinggi untuk penyakit berkaitan strok haba iaitu lapan kes setakat semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, pemantauan yang dijalankan oleh kementerian merekodkan 28 kes seumpamanya.

Menurut beliau, 19 daripada jumlah itu melibatkan kes kelesuan haba manakala sembilan lagi disahkan sebagai strok haba.

“Pendedahan kepada cuaca panas yang berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kejang haba, kelesuan haba dan strok haba.

“Perak menduduki tangga kedua tertinggi dengan tujuh kes, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah yang masing-masing mencatatkan tiga kes,” katanya.

Jelas jurucakap itu, Perlis merekodkan dua kes dan masing-masing satu di Johor serta Pahang.

“Tiada kes kejang haba dilaporkan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, seorang pemuda berusia 24 tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson dan keadaannya dilaporkan masih tidak stabil.

“Satu lagi kes strok haba melibatkan seorang lelaki berumur 22 tahun yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi telah dipindahkan ke wad biasa dan dilaporkan stabil.

“Seramai 23 orang pesakit berumur di antara 20 hingga 59 tahun, manakala selebihnya iaitu lima remaja berusia antara 13 hingga 19 tahun,” katanya.

Jurucakap itu menambah, 25 kes lain telah mendapatkan rawatan dan sembuh seperti sediakala.

“KKM menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak serta lain-lain aktiviti di luar rumah pada musim cuaca panas sekarang.

“Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca- panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan),” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) semalam memaklumkan, Perlis telah mengalami Gelombang Haba (suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 selsius) sejak 19 Mac.

Sebahagian besar Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Kuala Muda, Pendang, Sik, Baling, Kulim), sebahagian Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar) dan Kelantan (Jeli, Kuala Krai, Gua Musang) pula mengalami cuaca panas Tahap 1 (suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 selsius).

Turut mengalami keadaan sama ialah Pahang (Jerantut, Bentong, Raub, Maran, Bera, Temerloh), Melaka (Tampin, Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Tampin, Jelebu, Seremban, Jempol), Johor (Tangkak, Muar, Johor Bahru, Kulai, Kluang, Segamat) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sepang.

Pada masa yang sama, METMalaysia juga menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 selsius masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sehingga April nanti. - Getaran, 26 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad