web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Debut Arunsayfull Di Pentas KLFW Penuh Gah Nan Mewah

Terkenal dengan rekaan yang mewah dan sarat perincian, ArunSayfull membawa nafas dan DNA yang sama ke pentas KLFW untuk debut mereka.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 1:57PM

Koleksi yang terdiri daripada 13 helai persalinan fesyen atasan ini ternyata memberikan jiwa baru buat Arunsayfull - Gambar ihsan Arunsayfull dan KLFW

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua anak muda yang ingin dikenali sebagai Arunsayfull, bergandingan bahu buat julung kalinya di  Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022). 

Pereka duo ini mempersembahkan sebuah koleksi fesyen penuh gah yang diberi nama ‘The Black Orchid Pradesha’.

Keluar dari zon selesa, koleksi yang terdiri daripada 13 helai persalinan fesyen atasan ini ternyata memberikan jiwa baru buat Arunsayfull sepanjang bergelar pereka fesyen. 

Sentuhan istimewa yang dikhususkan untuk KLFW 2022 mengetengahkan bunga orkid dalam dimensi berbeza yang dinilai melalui cakra mata ketiga. 

Malah, seperti mana di dalam kebanyakan koleksi Arunsayfull sebelum ini, aspek kemewahan turut diterapkan untuk koleksi istimewa KLFW 2022. 

“Kami ingin mempersembahkan koleksi yang akan membuka mata para pemain industri fesyen tanah air. 

“Di pentas KLFW, terdapat 13 persalinan yang kami persembahkan, di mana koleksi ini disasarkan khusus buat pada golongan elit dan pencipta fesyen,” kata pereka fesyen duo berkenaan. 

Arunsayfull merupakan sebuah jenama tempatan yang terdiri daripada dua orang pereka muda yang sangat berbakat besar iaitu Arun Mateen berusia 27 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang manakala Saiful Izham, 35 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah. 

Rekaan Arunsayfull juga cukup dikenali dengan potongan dan pemakaian material yang mewah serta perincian mahupun sulaman manik yang mewah. 

Kata mereka, menyertai KLFW merupakan impian para fesyen industri kerana acara ini adalah acara tahunan yang paling dinantikan penggemar fesyen dan untuk berada di pentas berprestij ini pastinya terdapat pelbagai halangan dan cabaran.

“Sering kali kita melihat, ramai di kalangan pereka fesyen tanah air yang menggunakan platform KLFW sebagai batu loncatan bagi mengembangkan lagi jenama dan juga rekaan mereka. Kami juga tidak terlepas. Peluang keemasan ini kami nantikan untuk menampilkan identiti sebenar Arunsayfull.

“Malah, dengan adanya KLFW, kami berupaya untuk menonjolkan jiwa sebenar sentuhan Arunsayfull di dalam setiap rekaan kami,” kata Arun dan Saiful.

Namun, mereka tetap mengakui, memerlukan masa yang agak lama untuk membuktikan bahawa jenama mereka layak untuk berada sebaris dengan jenama yang lain.

Tahniah diucapkan kepada Arunsayfull. Semoga penyertaan di KLFW2022 menjadi batu loncatan untuk kalian terus mengorak langkah yang lebih besar dalam bidang fesyen di Malaysia. – Getaran, 28 Ogos 2022

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 jam yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

2

Gaya 2 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

3

Gaya 1 minggu yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

4

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang