web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Barty Dikejutkan Oleh Muchova Pada Terbuka Australia

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 4:11PM

Ashleigh Barty. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE: Pilihan utama dan juga pemain tuan rumah Ashleigh Barty tersingkir daripada Terbuka Australia hari ini selepas dikejutkan oleh pemain dari Republik Czech, Karolina Muchova 1-6, 6-3,6-2.

Penyingkiran Barty malangnya berlaku seiring dengan pengumuman yang para peminat boleh kembali hadir ke Melbourne Park.  

Pemain nombor satu dunia itu telah membangkitkan harapan rakyat Australia yang kempunan menyaksikan pemain tempatan merangkul gelaran Grand Slam di laman sendiri selama 43 tahun dengan prestasi cemerlangnya tahun ini.

Bagaimanapun, kebangkitan Muchova selepas tewas pada set pertama telah memadam harapan.

Dalam pada itu, Barty menyifatkan kekalahannya sebagai “menyayat hati”.

“Adakah ini akan menghalang saya? Adakah ini akan buat saya berasa yang permulaan musim ini sebagai satu kegagalan? Tidak sama sekali,” tambah beliau.

Muchova akan berhadapan dengan Jennifer Brady pada pusingan separuh akhir selepas pemain dari Amerika Syarikat itu mengalahkan rakan senegara Jessica Pegula 4-6, 6-2, 6-1.

Dalam kategori lelaki pula pemain Rusia, Daniil Medvedev tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan rakan senegara Andrey Rublev dalam straight-set 7-5, 6-3, 6-2. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Australia Batalkan Visa Djokovic, Diarah Pulang Segera

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Djokovic Mungkin Terlepas Aksi Terbuka Australia Kerana Peraturan Vaksin

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Djokovic Gagal Dalam Usaha Raih Grand Slam Kalendar

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 minit yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar