web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Djokovic Mungkin Terlepas Aksi Terbuka Australia Kerana Peraturan Vaksin

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 1:20PM

Djokovic telah bercakap dengan terbuka tentang membantah penerimaan suntikan vaksin. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Bintang tenis yang tidak divaksin mungkin tidak akan diberikan visa untuk bermain di Terbuka Australia, kata seorang pegawai tempatan, dengan juara bertahan Novak Djokovic menimbulkan rasa ragu-ragu tentang status penyertaannya.

Ketua menteri Victoria Dan Andrews berkata beliau tidak akan menerima pengecualian daripada peraturan vaksin COVID-19 Australia untuk pemain yang akan bertanding di acara Grand Slam pada Januari itu.

“Saya tak rasakan yang visa pemain yang tidak divaksin akan diluluskan untuk masuk ke negara ini.

“Virus ini tidak peduli apa ranking tenis anda atau berapa banyak Grand Slam yang anda telah menangi.

“Dan jika mereka berjaya mendapatkan visa, kumpulan itu harus menjalani proses kuarantin selama dua minggu,” kata Andrews.

Kata-kata Andrews hadir selepas Djokovic bercakap kepada media Serbia tentang dia tidak pasti sama ada akan bertanding di Terbuka Australia.

Pemain No 1 dunia itu telah bercakap dengan terbuka yang dia membantah vaksin dan tidak mahu mengesahkan sama ada sudah menerima suntikan vaksin atau tidak.  

Djokovic berkata dia merancang untuk kembali bertanding di Paris Masters yang akan berlangsung dari 1 hingga 7 November dan juga Davis Cup dari 25 November hingga 5 Disember.

Beliau telah menjuarai Terbuka Australia sebanyak tiga kali berturut-turut dan sedang dalam usaha mencari mahkota Grand Slamnya ke-21 yang akan menjadikannya pemenang kejohanan Major terbanyak. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Djokovic Mungkin Terlepas Peluang Sertai Kejohanan Indian Wells Dan Miami Open Masters

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Australia Batal Visa Djokovic Untuk Kali Kedua

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Hakim Australia Arahkan Djokovic Dilepaskan Dari Tahanan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 11 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad