web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Djokovic Gagal Dalam Usaha Raih Grand Slam Kalendar

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 8:37AM

Medvedev mencium trofi pemenang Terbuka AS selepas tamat final awal pagi tadi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Daniil Medvedev menghancurkan impian Grand Slam Novak Djokovic dengan menumpaskan pemain No 1 dunia itu dalam straight set di Terbuka AS awal pagi tadi.

Kemenangan itu menafikan pemain dari Serbia itu daripada memecahkan rekod kemenangan 21 kejuaraan Major.

Pemain No 2 dunia itu mendominasi Djokovic 6-4, 6-4, 6-4 untuk menghalang Grand Slam Kalendar yang pertama sejak 1969 dan mengekalkan Djokovic terikat dengan Roger Federer dan Rafael Nadal untuk jumlah kejuaraan Major terbanyak.

“Maaf kepada semua penyokong dan juga Novak sebab kita semua tahu apa yang dia cuba kecapi.

“Apa yang kamu telah kecapi dalam karier kamu... buat saya anda adalah pemain tenis terhebat dalam sejarah,” kata Medvedev.

Medvedev, naib juara Terbuka AS 2019, merangkul kejuaraan Grand Slam pertamanya dalam aksi final ketiganya, dan secara tidak langsung membalas dendam kekalahan di final Terbuka Australia pada Februari di pemain Serbia yang berusia 34 tahun itu menang dengan straight set.

“Tahniah kepada Danill. Ini perlawanan yang hebat.

“Anda berhak untuk menjadi juara Grand Slam,” kata Djokovic.

Usaha Djokovic untuk menang Terbuka AS, Perancis, Australia dan Wimbledon dalam tahun yang sama buat pertama kali sejak Rod Laver melakukannya 52 tahun lalu punah di halangan yang terakhir.

Dengan pemain Australia yang berusia 83 tahun itu di antara 23,700 penonton yang hadir menyaksikan aksi final itu di Stadium Arthur Ashe.

Djokovic, yang mengalirkan air mata, memberi penghormatan kepada penyokong memberi semangat kepadanya walaupun perlawanan sudah hampir tamat dengan dia ketinggalan dua set dan servisnya dipatahkan dua kali.

“Walaupun saya tidak memenangi perlawanan ini, hati yang dipenuhi dengan kegembiraan dan sayalah lelaki paling gembira di dunia kerana kamu semua membuat saya berasa istimewa di atas gelanggang ini.

“Anda semua menyentuh jiwa saya, saya tidak pernah berasa sebegini di New York,” kata Djokovic. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Djokovic Mungkin Terlepas Peluang Sertai Kejohanan Indian Wells Dan Miami Open Masters

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Bintang Tenis Australia Ash Barty Umum Persaraan Mengejut

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad