web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Australia Batalkan Visa Djokovic, Diarah Pulang Segera

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 7:31AM

Djokovic ditahan dan diarahkan keluar dari Australia dengan kadar segara. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Australia telah membatalkan visa Novak Djokovic dan mengarahkannya untuk pulang dalam perubahan nasib yang dramatik buat pemain tenis No 1 dunia itu.

Atlet Serbia itu tiba di Melbourne selepas menerima pengecualian perubatan untuk bermain di Terbuka Australia tanpa bukti beliau telah menerima dua dos vaksin COVID-19.

Pengecualian vaksin itu, diberikan oleh penganjur Terbuka Australia selepas permohonannya telah diluluskan oleh dua pakar perubatan, menyebabkan rakyat Australia yang terpaksa melalui perintah berkurung dan sekatan COVID-19 selama dua tahun berang.

Tetapi juara Terbuka Australia sembilan kali itu dihalang daripada memasuki negara itu di lapangan terbang.

“En Djokovic gagal menyerahkan bukti untuk memenuhi syarat kemasukan ke Australia, dan visanya telah dibatalkan.

“Bukan rakyat yang tidak ada visa sah semasa masuk ke negara atau visanya dibatalkan akan ditahan dan dihalau keluar dari Australia

“Australian Border Force akan terus memastikan mereka yang tiba di sempadan kita patuh dengan undang-undang dan syarat kemasukan ke negara ini,” kata Australian Border Force dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata dasar sempadan ketat negara itu amat penting untuk mengekalkan kadar kematian yang rendah.

“Peraturan harus dipatuhi, terutamanya bila ia berkaitan dengan sempadan kami.

“Tiada siapa diberikan pengecualian,” katanya. - AFP

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad