web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jinq En Belum Cukup Pantas, Welson Ucap Selamat Tinggal Olimpik

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 9:29PM

Jinq En gagal layak ke pusingan seterusnya. - Gambar dari Facebook AtletMalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kem renang negara suram lagi apabila dua perenang kebangsaan Phee Jinq En dan Welson Sim Wee Sheng gagal mara ke pusingan seterusnya di Sukan Olimpik Tokyo hari ini.

Meskipun menamatkan saingan di tempat kedua dan mencatatkan rekod kebangsaan baharu dalam saringan dua acara 100m kuak dada wanita di Pusat Akuatik Tokyo namun masa yang dicatatkan oleh Jinq En tidak berada dalam kelompok 16 terbaik untuk mara ke peringkat separuh akhir, esok (Isnin).

Jinq En menamatkan saingan di tempat kedua dengan mencatatkan 1 minit 08.40 saat (s) di belakang pelumba Slovakia Andrea Podmanikova (1:08.36s) manakala perenang Samoa Amerika Tilali Scanlan (1:10.01s) di tempat ketiga.

Atlet berusia 23 tahun itu menamatkan saingan di tempat ke-29 daripada keseluruhan 43 peserta.

Bagaimanapun, Jinq En masih mempunyai satu lagi peluang di Olimpik Tokyo apabila turun beraksi dalam acara 200m kuak dada pada Rabu ini.

Sementara itu, Welson terpaksa melupakan Olimpik Tokyo lebih awal apabila sekali lagi gagal menyerlah dalam saingan 200m gaya bebas lelaki selepas mencatatkan 1:49.24s untuk menduduki tempat ketujuh dalam saringan dua.

Perenang Romania David Popovici memenangi saingan selepas mencatatkan 1:45.32s, diikuti Velimir Stjepanovic dari Serbia (1:46.26s) di tempat kedua dan perenang Jerman Jacob Heidtmann di tempat ketiga (1:46.73s).

Perenang berusia 24 tahun dari Sarawak itu menduduki tempat ke-32 daripada 39 peserta keseluruhan.

Pada Sabtu, Welson gagal melayakkan diri ke peringkat akhir acara 400m gaya bebas lelaki selepas mencatatkan 3:58.25s untuk menduduki tangga ke-33 daripada 36 perenang keseluruhan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

TPM Zahid Harap Azizulhasni Teruskan Usaha Raih Emas Pertama Olimpik

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Hamidin Janji Kerja Sepenuh Hati Demi Emas Pertama Di Paris

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Hannah Akan Bertemu Zii Jia Susulan Penyingkirannya Dari Terbuka Jerman

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad