web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hannah Akan Bertemu Zii Jia Susulan Penyingkirannya Dari Terbuka Jerman

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 9:24PM

Hannah Yeoh di majlis pelancaran aplikasi mudah alih sukan AFA Superapp - Gambar AFA Community

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan bertemu dengan pemain perseorangan lelaki badminton, Lee Zii Jia dalam tempoh terdekat.

Susulan Zii Jia tersingkir di pusingan kedua Terbuka Jerman pada Khamis, Hannah berkata, beliau sudah berkomunikasi dengan pemain nombor empat dunia itu melalui WhatsApp untuk hasrat bertemu selepas kembali dari Mulheim.

“Saya menghubungi Lee Zii Jia sejurus selepas perlawanannya dan berkata kepadanya ‘jangan berputus asa, saya akan jumpa anda bila balik’ dan dia cakap okey.

“Saya akan bercakap dengannya mengenai bagaimana kami boleh membantu meningkatkan prestasinya,” kata Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut. 

Walaupun menjadi pilihan utama kejohanan, Zii Jia tewas kepada pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-15, 20-22, 21-23 dalam masa 57 minit.

Kekalahan itu adalah kali keenam berturut-turut beliau gagal melepasi peringkat suku akhir.

Zii Jia turut tersingkir pada pusingan awal Terbuka Perancis pada Oktober tahun lalu, diikuti Terbuka Australia, Malaysia, India dan Indonesia Masters pada Januari.

Sementara itu, dilihat kecewa dengan persembahan beliau, Zii Jia meluahkan di media sosialnya dengan menulis, ‘i am f** done’.

Pada masa sama, Hannah berharap orang ramai memberi masa untuk bercakap dengan Zii Jia mengenai perkara itu.

“Kita bercakap mengenai atlet profesional dan dia bukan kanak-kanak kecil. Kita perlu beri dia ruang.

“Atlet ada pasang surutnya. Saya tidak mahu berada dalam kedudukan untuk mengkritik mereka sepanjang masa apabila mereka kalah.

“Orang biasa melihat sukan sebagai rekreasi, tetapi bagi atlet, ia adalah kerja. Saya mahu menunjukkan empati sambil membantu prestasi mereka menjadi bertambah baik,” kata Hannah.

Dengan perlawanan kelayakan Sukan Olimpik untuk badminton bermula pada 1 Mei, timbul persoalan dalam kalangan penggiat badminton sama ada pemain berasal dari Kedah berusia 24 tahun itu bersedia ke Paris.

“Mengenai Paris 2024, butiran lanjut akan dikongsi esok pada sidang media Road to Gold,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi mudah alih sukan AFA Superapp hari ini.

Sementara itu, AFA Superapp adalah platform komuniti sukan yang membolehkan pengguna membuat dan mencari aktiviti, mengurus RSVP dalam kumpulan, menempah tempat serta membayar dengan lancar.

Malah, selain daripada memperoleh mata kesetiaan dan menebus ganjaran, pengguna boleh menikmati tawaran daripada rakan kongsi.

Ketua Pegawai Eksekutif Komuniti AFA Samuel Siew berkata, aplikasi itu menerima lebih 150,000 pengguna setakat Mac dan menempah lebih 500,000 jam, dimainkan di 90 venue sukan di 11 negeri.

Ini termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak.  – The Vibes, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad