web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TPM Zahid Harap Azizulhasni Teruskan Usaha Raih Emas Pertama Olimpik

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 10:14AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengucapkan tahniah kepada Mohd Azizulhasni Awang yang telah menghadiahkan kilauan emas berganda pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terus berusaha bagi mendapatkan emas pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan mengucapkan tahniah kepada The Pocket Rocketman yang telah menghadiahkan kilauan emas berganda pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai.

“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan pencapaian beliau ini dan atlet-atlet sukan lain yang sentiasa berusaha gigih mengharumkan nama Malaysia di arena sukan antarabangsa. 

“Tahniah semuanya! Malaysia berbangga,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebooknya, semalam.

Pada ACC 2023 yang menutup tirai semalam, Mohd Azizulhasni, 35, sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila meraih gelaran berganda menerusi acara pecut, Rabu lepas dan keirin semalam, sekali gus mencipta legasi sendiri dengan 12 pingat emas ACC secara keseluruhan.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga merakamkan ucapan tahniah kepada pelumba negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang telah menamatkan penantian tujuh tahun untuk meraih gelaran di pentas Asia selepas mengungguli acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) semalam.

Pelumba berusia 25 tahun itu mencatatkan satu minit 00.559 saat pada final sekali gus mengakhiri kemarau lebih sedekad Malaysia untuk gelaran tersebut selepas kejayaan Mohd Edrus Yunus pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 3 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad