web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hamidin Janji Kerja Sepenuh Hati Demi Emas Pertama Di Paris

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 12:49PM

Hamidin Mohd Amin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin optimis dan sedia bekerja dengan sepenuh hati untuk menamatkan penantian pingat emas pertama negara pada temasya sukan terunggul dunia itu.

Hamidin yang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berjanji untuk bekerja keras sehingga kemuncak temasya berkenaan pada 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan, bagi memastikan lagu Negaraku berkumandang di Paris nanti.

Beliau turut berhasrat untuk meningkatkan pencapaian pingat perak dan gangsa pada temasya itu.

“Bila jawatan diberi kepada, saya bukan setengah hati, saya seorang yang sangat komited dan bekerja dengan sepenuh hati. Insya-Allah dengan rezeki Allah SWT,  kita dapat capai (emas), tak mustahil.

“Kita pun ada peluang pada Rio 2016, belum ada rezeki. Saya ingin bekerja ke arah itu sehingga hari kemuncak,” katanya selepas mengadakan lawatan bersama Timbalan CDM Datuk Nicol David ke sesi latihan skuad badminton negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.

Malaysia yang menyertai Olimpik musim panas sejak edisi 1956 Melbourne, masih kempunan emas pertama, dengan pencapaian terbaik adalah empat perak dan satu gangsa di edisi Rio 2016.

Sementara itu, Hamidin berkata lawatan pertamanya sebagai CDM telah dibuat ke ABM kerana kesemua pemain yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan profesional menjalani latihan pada hari ini, kecuali Lee Zii Jia yang berada di Hong Kong.

Hamidin berkata beliau seterusnya akan melawat persiapan sukan-sukan lain untuk berjumpa atlet dan mendapatkan perkembangan semasa.

“Saya akan berjumpa dengan semua persatuan dan atlet yang berpotensi untuk layak seperti terjun, berbasikal, pelayaran, menembak dan break dance. Kita akan pantau semua yang berpotensi layak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad