web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 11:19AM

Nur Dhabitah Sabri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri mahu memastikan dirinya bebas daripada sebarang kecederaan sebelum kembali dalam ‘mood’ pertarungan untuk menghadapi beberapa siri kejohanan bertaraf antarabangsa pada tahun ini. 

Pemenang pingat gangsa di Kejohanan Dunia Budapest itu, memaklumkan kecederaan lutut kirinya sudah beransur pulih meskipun kembali ditimpa kemalangan iaitu terseliuh di pergelangan tangan kiri semasa menjalani latihan terjunan 10 meter (m) di Bukit Jalil baru-baru ini. 

“Kecederaan pada lutut kiri ini memang sudah agak lama iaitu hampir sebulan. Saya tidak pasti kenapa proses pemulihan lambat sedangkan ia hanya keradangan, sehingga baru-baru ini saya terpaksa mengambil suntikan di bahagian itu selepas berbincang dengan doktor. 

“Walaupun mengalami kecederaan, saya sebenarnya masih berlatih cuma tidak boleh buat terjunan sebab lutut kiri baru lepas elok dan tidak mahu memaksa diri. Saya ambil langkah demi langkah,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini. 

Nur Dhabitah memaklumkan Piala Dunia FINA di Kanada yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Mei ini merupakan kejohanan terdekatnya dan menjadi medan perhitungan pertama pada musim ini. 

Bagaimanapun, atlet berusia 24 tahun itu yang membuat penampilan kali terakhir di Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) pada November lepas, enggan meletakkan sebarang sasaran supaya tidak membebankan dirinya. 

“Dengan keadaan sekarang susah nak sasarkan apa-apa cuma saya punya sasaran nak dapatkan balik ‘mood’ pertandingan sebab sekarang saya lebih risaukan kecederaan dan nak pulih cepat.

“Saya juga tidak memikirkan pesaing dari negara lain sebab saya rasa kalau asyik fikir tentang mereka (pesaing) jadi tidak sihat. Saya cuma mahu buat yang terbaik untuk diri sendiri,” ujarnya. 

Ditanya mengenai perasaannya selepas tersenarai dalam projek ‘Road To Gold’ (RTG) bersama ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong, beliau mengakui teruja walaupun merasakan tekanan yang bakal diharungi sangat besar. 

Justeru, Nur Dhabitah bersedia menyahut cabaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar sentiasa komited terhadap bidang sukan yang diceburinya dan terus berusaha untuk sekali lagi merebut slot beraksi di temasya Sukan Olimpik di Paris 2024. 

Projek RTG diperkenalkan KBS bulan lepas dianggap sebagai projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik meliputi edisi Paris 2024 dan Los Angeles 2028. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

3

Sukan 2 tahun yang lalu

KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bekas Pegawai Kanan KBS Dipenjara 15 Tahun, Didenda RM284.2 Juta

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad