web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Pegawai Kanan KBS Dipenjara 15 Tahun, Didenda RM284.2 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 4:30PM

Otman Arsahd (kanan) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan didenda berjumlah RM284.2 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, 11 tahun lepas.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Otman, 64, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Setelah mahkamah mendengar keterangan bersumpah daripada kesemua saksi-saksi dan meneliti kesemua eksibit serta hujahan dikemukakan, mahkamah memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Oleh itu, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan atas kesemua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya," kata Kamarudin.

Bagi 17 kesalahan membabitkan tuntutan palsu, mahkamah memerintahkan Otman dipenjara berjumlah 243 tahun dan didenda RM190 juta atau dipenjara 119 bulan, sekiranya gagal membayar denda manakala bagi 15 tuduhan salah guna kedudukan, lelaki itu dipenjara 85 tahun dan didenda RM10.8 juta atau dipenjara 125 bulan, sekiranya denda gagal dibayar.

Sementara itu, bagi 64 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, mahkamah memerintahkan Otman dipenjara antara tiga bulan dan 11 tahun dan didenda berjumlah RM83.4 juta atau dipenjara 934 bulan, sekiranya denda gagal dibayar.

Bagaimanapun, Kamarudin mengarahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan secara serentak bermula hari ini, menjadikannya selama 15 tahun.

Hakim itu juga membenarkan permohonan peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Otman untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman denda dan penjara itu dengan syarat wang jaminan ditambah sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, tertuduh dijamin RM250,000 dengan seorang penjamin.

Kamarudin mengarahkan jaminan RM100,000 dibayar hari ini dan baki selebihnya iaitu RM200,000 dibayar sebelum atau pada Isnin depan.

Sementara itu, Kamarudin membenarkan permohonan pendakwaan untuk melucuthakkan kesemua 119 harta termasuk gelang tangan, cincin, jam tangan dan wang tunai kepada Kerajaan Malaysia mengikut Seksyen 40(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Hakim itu turut membenarkan satu warta dikeluarkan kepada pihak ketiga yang ingin menuntut harta-harta antaranya beg tangan mewah berjenama Hermes Birkin dan Prada, beberapa kenderaan mewah dan wang tunai dan mahkamah menetapkan 26 Sept ini untuk sebutan kes.

Terdahulu, semasa memohon hukuman yang ringan, Muhammad Rafique meminta mahkamah mengambil kira anak guamnya yang kini tidak lagi bekerja sejak dituduh pada 2016 dan hanya bergantung harap kepada keluarganya.

“Selama tujuh tahun, dia hanya memfokuskan diri untuk menghadiri perbicaraan kesnya dan tidak pernah gagal hadir ke mahkamah sepanjang perbicaraan dijalankan,” kata peguam itu dan memohon hukuman penjara dan denda ditangguhkan sementara rayuan didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Farah Yasmin Salleh memohon hukuman berbentuk pencegahan sebagai pengajaran kepada semua lapisan masyarakat terutamanya penjawat awam agar tidak melakukan kesalahan rasuah di masa akan datang.

“Tertuduh tidak sekali pun menyebut semasa memohon supaya hukuman diringankan yang dia telah insaf atas perbuatan yang dilakukan. Apa yang dipertikaikan adalah sumber duit yang diterima. Dana yang disalah guna sepatutnya untuk kemajuan sukan dan atlet negara. Pendakwaan memohon hukuman penjara antara lapan dan 10 tahun yang kami anggap wajar kerana perbicaraan kes juga telah berlangsung hampir lapan tahun,” katanya.

Otman, kelihatan tenang sepanjang prosiding hari ini.

Pada 31 Mac 2016, Otman didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini antara 28 Feb 2012 hingga 18 Nov 2015.

Bagi 17 kesalahan membabitkan tuntutan palsu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 (a) SPRM 2009, manakala 15 lagi pertuduhan salah guna kedudukan dibuat mengikut Seksyen 23(1) akta sama.

Pada 21 April 2016, Otman didakwa atas 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad menerusi cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Dis 2015 di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya; Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan turut dikendalikan TPR Norzilati Izhani Zainal, Haresh Prakash Somiah dan Harris Ong Mohd Jeffery Ong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

2

Semasa 16 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

3

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

4

Semasa 5 hari yang lalu

Eksploitasi Seksual: Lelaki Didakwa Perdagang 3 Remaja, 1 Wanita Dewasa

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Caj Melampau & Terima Ugutan, Pengguna Media Sosial Bimbang Keselamatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

oleh Sophia Ahmad