web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 5:03PM

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr Nagulendran Kangayatkarasu (kiri) ketika sidang media mengenai permohonan geran/dana bagi program dan aktiviti pembangunan belia dan sukan di Menara KBS hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Inisiatif Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tahun ini diperluaskan kepada atlet persendirian yang berhasrat untuk menyertai kejohanan sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ketua Setiausaha KBS, Dr K Nagulendran berkata, langkah itu diperkenalkan susulan aduan daripada atlet persendirian yang bertanding dalam kejohanan antarabangsa, namun tidak menerima sebarang dana.

"Jadi kami telah mendengar keluhan mereka dan sekarang mereka boleh mohon di bawah KWASN sekiranya kejohanan itu diperakui oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

"Apabila mereka pergi ke luar negara, kita akan merujuk kadar semasa yang ditetapkan oleh MSN untuk memberi bantuan kepada atlet tersebut," katanya dalam sidang media di Menara KBS di sini, hari ini.

Nagulendran turut menggalakkan badan sukan berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) yang ingin mengadakan kejohanan sukan peringkat kebangsaan untuk memohon geran daripada KWASN.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa peruntukan bagi Geran Padanan Sukan (GPS) ditingkatkan kepada RM50 juta tahun ini berbanding RM40 juta tahun lalu.

Beliau berkata, geran padanan dengan pemberian maksimum 50 peratus atau tidak melebihi RM1 juta daripada peruntukan sebenar sesebuah program itu, diberikan untuk menganjurkan program pembangunan sukan berimpak tinggi di peringkat negeri dan kebangsaan.

"Jumlah permohonan GPS pada tahun lepas adalah sebanyak 925 permohonan, tapi hanya 427 permohonan diluluskan kerana peruntukan terhad sebanyak RM40 juta.

"Sambutan yang diterima pada tahun lepas sangat menggalakkan, jadi kita teruskan pada tahun ini, tetapi kita nak pelbagaikan jenis sukan dan fokus kepada sukan berimpak tinggi dan spesifikasi tinggi," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

2

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

3

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad