web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Morikawa Cemerlang Dalam Penampilan Pertama Di Terbuka Britain

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 8:38AM

Collin Morikawa bersama trofi juara selepas tamat aksi Terbuka Britain. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDWICH - Collin Morikawa mengekang cabaran daripada Jordan Spieth untuk menjuarai Terbuka Britain yang ke-149 dalam penampilan pertamanya, dengan dua pukulan di Rolay St George.

Berusia 24 tahun, Morikawa merangkul gelaran Major keduanya selepas mencatatkan pusingan tanpa bogey 66 untuk menamatkan saingan dengan keputusan 15 di bawah par.

“Ini adalah detik paling hebat dalam hidup saya,” kata pemain No 4 dunia itu yang menguruskan tekanan tanpa masalah di hadapan 32,000 penonton ketika Kejohanan Terbuka ini kembali selepas menyepi selama dua tahun disebabkan oleh pandemik coronavirus.

“Melihat penonton paling banyak pernah saya saksikan, saya teruja ingin kembali setiap tahun ke Terbuka Britain untuk bertemu dengan anda semua.”

Pemain dari Amerika Syarikat itu tidak pernah bermain dalam keadaan ‘links’ sehingga minggu lalu di Terbuka Scotland di mana beliau menamatkan saingan di tangga ke-71, penamat paling buruk dalam karier profesionalnya.

Tetapi Morikawa tidak menunjukkan tanda-tanda pemain yang kurang berpengalaman dengan memberi persembahan mantap dalam keadaan cuaca yang mencecah 30 darjah Celsius di Sandwich, yang terletak di bahagian tenggara pantai England.

“Saya percaya pada diri sejak menjadi profesional yang saya boleh lakukannya.

“Bila berdepan dengan kejohanan, lapangan dan gaya yang asing, saya akan belajar tentangnya pada Isnin hingga Rabu untuk memahami apa yang perlu saya lakukan,” tambah Morikawa, yang menjadi lelaki pertama untuk memenangi dua Major dalam lapan penampilan pertamanya sejak 1934. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Warga Nepal Lemas, Jatuh Tasik Ketika Kutip Bola Golf

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Bekas Pemain Golf Profesional M. Ramayah Meninggal Dunia

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Gavin Green Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo

4

Sukan 5 tahun yang lalu

Jon Rahm Menjuarai Terbuka AS Untuk Kejuaraan Major Pertama Kariernya

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar