web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Pemain Golf Profesional M. Ramayah Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 2:54PM

Mendiang M. Ramayah yang pernah bermain dalam 13 edisi Piala Dunia, jatuh sakit sejak Disember tahun lepas sebelum disahkan menghidap kanser tulang belakang tahap empat - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pemain golf profesional negara M. Ramayah meninggal dunia pada usia 67 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) di Cheras, pagi ini.

Kematian legenda golf negara itu disahkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama. 

Menurut Noorul, mendiang yang pernah bermain dalam 13 edisi Piala Dunia, jatuh sakit sejak Disember tahun lepas sebelum disahkan menghidap kanser tulang belakang tahap empat.

“Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 10.23 pagi tadi di hospital itu. Sebelum itu, mendiang dimasukkan ke HCTM dua hari lepas akibat sesak nafas. Mendiang meninggalkan sebuah legasi dalam sukan golf.

“YAKEB akan menghulurkan khairat kematian berjumlah RM3,000 selain akan menanggung bil-bil perubatan mendiang di hospital,” katanya.

Noorul berkata mendiang meninggalkan balu dan seorang anak perempuan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi hantaran di Facebook turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Ramayah.

“Malaysia telah kehilangan bintang cemerlang dalam golf. KBS (Kementerian Belia dan Sukan) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan orang tersayang Ramayah,” tulisnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan