web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gavin Green Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 8:19AM

Gavin berkata mewakili negara buat kali kedua ke sukan Olimpik adalah sesuatu yang istimewa. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain golf profesional negara Gavin Kyle Green secara rasminya layak untuk bertanding mewakili negara di Sukan Olimpik Tokyo, bulan depan.

Persatuan Golf Malaysia (MGA) dalam satu kenyataan hari ini berkata Gavin yang kini berada di Jerman melakukan persiapan untuk Terbuka Antarabangsa BMW hujung minggu ini berjaya melayakkan diri setelah menduduki ranking ke-56 daripada 60 pemain golf dalam Ranking Olimpik di akhir tempoh kelayakan kelmarin. 

Sukan Olimpik Tokyo merupakan penampilan keduanya di acara sukan terbesar dunia selepas edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Mewakili negara sememangnya satu penghormatan buat saya dan melakukannya di peringkat Olimpik untuk kali kedua adalah lebih istimewa. Saya memang menantikan saat ini,” kata pemain berusia 27 tahun itu dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Gavin mengumpul mata dengan konsisten daripada Jelajah Eropah sebaik sahaja pertandingan jelajah itu bermula selepas sekatan perjalanan di seluruh dunia berikutan pandemik COVID-19 awal tahun ini dan pencapaian terbaiknya ialah tempat ketiga di Antarabangsa Saudi, Februari lepas.

Pada masa sama, MGA berkata adalah “selamat” untuk mengatakan seorang lagi pemain golf negara, Kelly Tan, 27, akan layak ke Sukan Olimpik Tokyo buat kali kedua berturut-turut dan pada masa ini beliau berada dalam keadaan selesa di kedudukan ke-41 Ranking Olimpik di hadapan tarikh akhir penentuan pada 28 Jun ini.

Kelly Tan - Gambar dari Instagram Kelly Tan
Kelly Tan - Gambar dari Instagram Kelly Tan

“Mereka bekerja keras biarpun berhadapan cabaran semasa pandemik untuk mengekalkan dan memperbaiki kedudukan dalam Ranking Olimpik bagi melayakkan diri buat kali kedua,” kata Presiden MGA Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dalam kenyataan itu.

“Pasukan saya dan saya sendiri di MGA mengucapkan setinggi tahniah kepada Gavin Green dan Kelly Tan kerana bersungguh-sungguh mengumpul mata untuk melayakkan diri mereka ke Olimpik Tokyo,” katanya lagi. 

Mohd Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan di atas geran yang diberikan kepada kedua-dua atlet.

Pertandingan golf Olimpik Tokyo akan berlangsung di  Kasumigaseki Country Club, Saitama, dari 29 Julai hingga 1 Ogos untuk lelaki dan dari 4 hingga 7 Ogos bagi wanita. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Warga Nepal Lemas, Jatuh Tasik Ketika Kutip Bola Golf

2

Sukan 3 tahun yang lalu

TPM Zahid Harap Azizulhasni Teruskan Usaha Raih Emas Pertama Olimpik

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Hamidin Janji Kerja Sepenuh Hati Demi Emas Pertama Di Paris

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad