web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Tewas 2-0 Kepada Pohang Steelers

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 7:57AM

Safiq Rahim diasak pemain Pohang dalam aksi perlawanan semalam. - Gambar dari Facebook JDT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kecuaian barisan pertahanan membawa padah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tewas 2-0 kepada FC Pohang Steelers pada aksi pusingan kedua Kumpulan G kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), malam tadi.

Lebih pahit untuk ditelan kesemua barisan pemain JDT adalah dua gol dijaringkan pasukan dari Korea Selatan itu hadir dalam tempoh empat minit pada separuh masa pertama, sekali gus meragut impian skuad Harimau Selatan untuk melangkah ke pusingan kalah mati kempen itu.

Pemain tengah Lee Seung-mo dan pemain pertahanan Kang Sang-woo masing-masing meledak gol pada minit ke-33 dan minit ke-37 untuk membantu FC Pohang Steelers melakar kemenangan kedua ke atas JDT selepas membelasah skuad Harimau Selatan 4-1, Isnin lepas.

Pada aksi di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, disiplin bertahan kurang kemas dipamerkan skuad bimbingan Benjamin Mora dapat dilihat seawal permainan apabila pasukan lawan hampir membuka tirai jaringan pada minit ketiga, namun rembatan Boris Tashti yang tidak dikawal gagal menemui sasaran.

Peluang keemasan JDT meledak jaringan hadir pada minit ke-17 menerusi sepakan percuma diambil pemain sayap Muhammad Safawi Rasid yang sekadar menggegar tiang tatkala penjaga gol lawan Kang Hyeon-mu sudah pun tertewas.

Kedua-dua pasukan kemudian menampilkan persembahan seimbang sebelum gerakan balas yang pantas dilakukan Pohang berjaya memerangkap dua pertahanan tengah JDT Shane Lowry dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak sebelum Seung-mo tenang meledak gol pembukaan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, JDT yang turun dengan misi membalas dendam cuba mengatur kembali gerakan, namun kegopohan pertahanan mengeluarkan bola merintis laluan buat Sang-woo untuk melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Mohd Farizal Marlias.

Pemain gantian Kwon Gi-Pyo hampir menjadikan kedudukan 3-0 pada separuh masa kedua, namun tandukannya pada minit ke-81 gagal menemui sasaran sebelum bekas kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim turut terlepas peluang merapatkan defisit jaringan pada minit ke-84.

Mora turut membawa masuk dua pemain naturalisasi Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh pada separuh masa kedua dalam usaha mengubah kedudukan, namun kedua-duanya gagal memainkan impak diharapkan sehingga wisel penamat.

Sementara itu, JDT berdepan kemungkinan tidak dapat menurunkan Lowry dan pertahanan kanan Matthew Davies pada aksi kumpulan berikutnya menentang pasukan dari Jepun Nagoya Grampus Ahad ini, susulan penggantungan kedua-dua mereka selepas mengutip kad kuning pada aksi semalam.

Kekalahan kedua kepada FC Pohang Steelers menyaksikan JDT kekal di kedudukan ketiga Kumpulan G dengan tiga mata selepas empat perlawanan, ketinggalan enam mata dibelakang Pohang yang kini berkongsi sembilan mata bersama pendahulu Nagoya Grampus.

Situasi ini memberi tamparan kepada misi JDT untuk sekurang-kurangnya mara ke pusingan 16 pasukan terbaik bagi melakar sejarah baharu pasukan selepas terkandas di saingan kumpulan, dua musim berturut-turut sebelum ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

2

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

3

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

4

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

5

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

6

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad