web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


England Gagal Tempah Tiket Awal Ke Pusingan Seterusnya Selepas Diikat Scotland

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 7:27AM

Forsberg meraikan jaringannya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Harapan England untuk menempah tiket awal ke pusingan seterusnya EURO 2020 dikecewakan oleh Scotland seri 0-0 dengan seteru lama itu.

Finalis Piala Dunia 2018 Croatia pula menghadapi tugas yang sukar untuk maju ke pusingan seterusnya.

Dalam perlawanan awal semalam, Sweden mengorak langkah ke pusingan seterusnya selepas kemenangan 1-0 ke atas Slovakia.

Pemain tengah Denmark Christian Eriksen juga dibenarkan keluar dari hospital, enam hari selepas mengalami serangan sakit jantung.

England berdepan dengan Scotland di Wembley buat kali ke-100 dalam perlawanan kompetitif tetapi hanya buat kali kedua dalam kejohanan besar, 25 tahun selepas bertembung di EURO 96.

Walaupun peminat Scotland hanya di beri 2,500 tiket dalam jumlah 22,500 penyokong yang dibenarkan masuk ke stadium, mereka tetap mencipta suasana riuh dalam keadaan hujan.

England, yang mengalahkan Croatia 1-0 dalam perlawanan pembukaan kejohanan, sedar yang kemenangan ke atas lawan tradisi mereka itu akan melayakkan mereka ke pusingan seterusnya dengan berbaki satu perlawanan.

Tetapi Scotland tidak memberi laluan mudah kepada anak buah Gareth Southgate dan berjaya membawa pulang satu mata.

Southgate berkata ia perlawanan yang mengecewakan dan cara mereka bermain boleh diperbaiki.

“Saya juga harus memuji cara Scotland bertahan, mereka juga bermain dengan baik.

“Usaha kami tidak cukup untuk menang hari ini, tetapi dalam kejohanan seperti ini kita juga perlu memastikan kami tidak kalah,” kata Southgate kepada ITV.

Dalam perlawanan sebelum itu Croatia membawa pulang mata pertama mereka dalam kejohanan ini selepas seri 1-1 dengan Republik Czech.

Jaringan penalti di babak pertama Patrik Schick memberi Republik Czech kelebihan awal, tetapi Ivan Perisic menyamakan kedudukan di minit ke-47.

Jika naib juara Piala Dunia 2018 itu mahu layak ke pusingan seterusnya mereka harus mengalahkan Scotland minggu depan.

Slovakia mensia-siakan peluang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dengan berbaki satu perlawanan selepas kalah kepada Sweden di Saint Petersburg.

Sweden kini merampas takhta pendahulu Kumpulan E daripada lawan mereka.

Emil Forsberg menjaringkan penalti 13 minit sebelum perlawanan tamat untuk memastikan tiga mata untuk Sweden.

Eriksen dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan, hampir seminggu selepas mengalami serangan jantung di tengah padang menentang Finland.

Doktor berkata yang sebuah defibrilator jantung diimplan dalam badan Eriksen untuk mengatur irama jantungnya. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad