web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perancis Tundukkan Jerman, Ronaldo Cipta Sejarah

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 7:28AM

Ronaldo meraikan jaringan keduanya dalam pertembungan dengan Hungary. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Juara Dunia Perancis mengalahkan Jerman dalam pertembungan EURO 2020 yang berlangsung selepas Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak Kejuaraan Eropah apabila Portugal memulakan kempen mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Hungary di Budapest.

Di Munich, gol sendiri Mats Hummels di minit ke-20 membantu juara Piala Dunia 2018 Perancis mengalahkan pemenang Piala Dunia 2014 Jerman dalam Kumpulan F.

Perancis hampir menambah jaringan tetapi gol separuh masa kedua Kylian Mbappe dan Karim Benzema dibatalkan kerana offside, manakala rembatan Adrien Rabiot pula terkena tiang gol

“Saya tahu yang pemain-pemain saya bersedia untuk persaingan ini.

“Ini perlawanan pertama kami, tetapi ini sepatutnya berlangsung di pusingan separuh akhir ataupun final. Membawa pulang tiga mata dalam kumpulan seperti ini sangat penting,” kata pengurus Perancis Didier Deschamps kepada penyiar M6.

Kekalahan Jerman menambah tekanan kepada pengurusnya Joachim Low, di mana ini adalah kejohanan terakhirnya bersama pasukan kebangsaan sebelum mengundurkan diri.

Lawan Jerman seterusnya adalah Portugal, juara EURO 2016 itu bermula dengan garang dalam Kumpulan F selepas Ronaldo merekodkan gol ke-10 dan 11nya di kejohanan terulung benua Eropah ini.

Beliau juga meleburkan rekod legenda Perancis Michel Platini yang memegang takhta penjaring terbanyak sebelum ini dengan sembilan gol.

Raphael Guerreiro membuka jaringan di minit ke-84 sebelum Ronaldo menjaringkan dua golnya.

Pemain yang berusia 36 tahun itu kini telah menjaringkan gol di lima Kejuaraan Eropah yang berbeza dan ada 106 gol untuk negaranya. 

Beliau ketinggalan tiga gol di belakang legenda Iran Ali Daei yang memegang rekod penjaring terbanyak untuk pasukan kebangsaan dengan 109 gol. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad