web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Baharu Mampu Beri Nilai Tambah Untuk Ekosistem Sukan Negara

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2025 9:05PM

Suhardi Alias (tegah) menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua pasukan Digital Dodgeball Negara - Gambar RTM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha memperkenalkan sukan baharu dilihat mampu memberi nilai tambah kepada ekosistem dan industri sukan negara.

Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik perkembangan berkenaan, yang amat relevan dengan senario semasa. 

Menurut beliau, evolusi zaman menyaksikan bilangan sukan di bawah Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) turut bertambah.

“Sekarang ini ada 103 jenis sukan, berbanding hanya 39 sebelumnya dan ia mencakupi pelbagai disiplin moden, tradisional dan digital.

“Ini satu perkembangan yang amat baik kerana membuka lebih banyak peluang untuk golongan belia terbabit dalam sukan secara lebih serius,” katanya selepas penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan Digital Dodgeball Negara di Shah Alam hari ini.

Jelas Suhardi, kementerian juga telah menyarankan agar Persatuan Sukan Dodgeball menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF).

“Kerjasama ini pastinya akan memberi  nilai tambah kepada pembangunan sukan digital dodgeball untuk muncul sebagai kegemaran ramai pada masa akan datang," katanya.

Pasukan dodgeball digital negara melakar sejarah apabila terpilih untuk beraksi di Piala Dunia HADO 2025 di Shanghai, China, dari 23 hingga 25 Mei ini.

HADO ialah sukan berasaskan realiti tambahan yang semakin digilai generasi muda dan dilihat berpotensi tinggi untuk mengangkat nama negara. - Getaran, 6 Mei 2025

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad