web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecederaan Pemain: Pan Gon Belum Mahu Tekan Butang Panik

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2024 8:04AM

Kim Pan Gon - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Walaupun dihimpit isu kecederaan seorang demi seorang pemain tonggak, pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon kekal optimis menyediakan barisan pemain berkualiti bagi menghadapi baki dua perlawanan Kumpulan D, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan hadapan.

Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain, yang mampu menggalas cabaran membawa pasukan negara melangkah ke peringkat seterusnya, dalam saingan tersebut.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan senarai nama 23 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula semalam, menyaksikan tonggak utama seperti pemain sayap masing-masing Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim, serta penyerang Romel Morales diketepikan berikutan masalah kecederaan.

"la satu masalah besar dengan kes berkaitan Faisal Halim, kecederaan Arif Aiman dan kecederaan buku lali Morales. Semua penyerang utama ada masalah dan ini yang kita hadapi pada ketika ini, tetapi kita masih ada pemain lain.

"Saya percaya kesemua pemain mempunyai kualiti yang sama, mungkin mereka mempunyai motivasi yang lebih dan ini masa mereka untuk buktikannya. Bagaimanapun kita akan cuba mencari pilihan terbaik dan percaturan untuk persediaan kepada perlawanan itu," katanya ketika ditemui semasa kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini semalam.

Terdahulu, isu kecederaan pemain terus berlarutan selepas seorang lagi tonggak Syafiq Ahmad, juga terpaksa digugurkan daripada senarai apabila mengalami kecederaan seperti dimaklum FAM.

Pan Gon bagaimanapun memanggil pemain Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya, untuk mengisi kekosongan pemain Kedah Darul Aman FC itu.

Selepas empat perlawanan, Malaysia yang berada di posisi ketiga Kumpulan D dengan enam mata akan menentang Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada 6 Jun sebelum bertemu Taiwan pada aksi terakhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini pada 11 Jun.

Kyrgyzstan kini menerajui saingan Kumpulan D diikuti Oman di tempat kedua, dengan masing-masing mengumpul sembilan mata.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 11 Jun, sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Pasukan negara memerlukan tiga mata dalam kedua-dua perlawanan terakhir, sambil mengharapkan Oman menumpaskan Kyrgyzstan untuk mencerahkan peluang mencipta sejarah layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, serta melayakkan diri lebih awal ke Piala Asia 2027. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad