web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 12:12PM

Pengadil, Muhammad Munir Mohd Izam melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Penang FC, Adib Raop setelah merujuk kepada VAR pada minit ke-34. gambar KDA FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Berbeza dengan persiapan tahun lalu yang menyaksikan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berkelana ke bumi Antalya di Turkiye bagi melakukan jelajah pra musim, Sang Kenari setakat ini hanya melalui beberapa perlawanan persahabatan bersama pasukan tempatan di venue dalam negara sebagai langkah mempersiapkan pasukan untuk musim 2024/2025. 

Keadaan itu boleh difahami berikutan beberapa isu melanda pasukan sebelum ini, termasuk dari aspek kewangan.

Namun, tegas pengendali KDA FC, Nafuzi Zain, langkah untuk melakukan persiapan dalam negara juga sebenarnya mendatangkan kebaikan tersendiri, terutamanya kepada barisan pemain import yang kali pertama beraksi dalam Liga Malaysia. 

Pemain import dari Bahrain, Habib Haroon kian serasi mengemudi bahagian tengah Sang Kenari musim ini. gambar KDA FC
Pemain import dari Bahrain, Habib Haroon kian serasi mengemudi bahagian tengah Sang Kenari musim ini. gambar KDA FC

"Jika tahun lalu kami ke Turkiye untuk menjalani aksi pra musim dengan pasukan antarabangsa, tahun ini hanya bermain dengan pasukan tempatan yang turut bersaing dalam Liga Super sebagai langkah melakukan persiapan. Namun bagi saya, kami tetap melakukan persiapan yang agak baik. 

"Kita telah menjalani beberapa perlawanan persahabatan yang kompetitif dengan pasukan dari Liga Super dan perkara itu membawa satu kelebihan lain berbanding 'terbang' ke luar negara.

"Saya fikir banyak kelebihannya terutamanya kepada pemain import yang baru hendak merasai suasana liga kita. 

"Dalam aksi pramusim kali ini, kami telah berdepan dengan pasukan yang mempunyai pelbagai corak dan cara permainan di liga kita. 

"Jadi, pemain import setidak-tidaknya memiliki bayangan mengenai bentuk cabaran yang bakal dihadapi di sini," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas perlawanan aksi pramusim menentang Penang FC yang menyaksikan Sang Kenari menundukkan Harimau Kumbang 3-1 di Stadium Darul Aman, malam tadi. 

Dalam perlawanan itu, pasukan tuan rumah terlebih dulu ketinggalan pada minit ke-13 menerusi jaringan dihasilkan pemain import Penang FC dari Ghana, Richmond Ankrah sebelum tonggak tengah Sang Kenari, Habib Haroon menyamakan kedudukan pada minit ke-26. 

Rujukan dilakukan pengadil, Muhammad Munir Mohd. Izam terhadap video bantuan pengadil (VAR) mengesan kekasaran serius dilakukan pemain pertahanan Penang FC, Adib Raop pada minit ke-34 menyebabkan dia dilayangkan kad merah. 

Kesempatan melawan 10 pemain diambil sepenuhnya oleh KDA FC untuk menghasilkan dua lagi gol menerusi penyerang baharu dari Serbia, Milos Gordic pada minit ke-50 dan 65. 

Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain. gambar Rafisqi Radhi
Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain. gambar Rafisqi Radhi

Sementara itu, Nafuzi memaklumkan, beliau masih belum memiliki gambaran mengenai kesebelasan utama yang bakal membawa cabaran pasukan pada musim ini. 

"Saya pun tak boleh gambarkan (kesebelasan utama) sebab pasukan ini dibentuk melibatkan beberapa pemain baharu. 

"Dalam perlawanan persahabatan dilalui sebelum ini, saya terus-terusan mengenengahkan pendekatan berbeza untuk mencari 'ramuan' paling sesuai bagi diterapkan kepada pemain bersandarkan kualiti yang ada. 

"Setakat beberapa perlawanan pramusim dilalui, ada peningkatan ditunjukkan pasukan di bahagian tertentu tetapi dalam masa sama, ada juga kelemahan yang perlu diperbaiki secepat mungkin menjelang perlawanan pembukaan Liga Super, pertengahan Mei ini," katanya. 

Mengulas lanjut, katanya, beliau sangat berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan pemain dalam memastikan persiapan pasukan berjalan lancar ketika ini. 

"Dari segi persiapan, kita sudah berada di peringkat akhir. Sepanjang melakukan persiapan ini, saya perlu berterima kasih kepada pemain, terutamanya mereka yang kekal setia sejak dari musim lalu walaupun pasukan ini dilanda 'ribut taufan' dengan bermacam-macam masalah. 

"Saya juga hargai pemain-pemain baharu yang sudi hadir untuk melengkapkan pasukan ini. Saya gembira dengan segala yang diberikan mereka untuk pasukan ini, terutamanya ketika menjalani latihan," katanya. - Getaran, 1 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Isu Gaji Tertunggak: KDA FC Hormati Pendirian Sanusi 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad