Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

Sukan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 4:29PM

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin. gambar KDA FC 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya berjaya melunaskan kesemua gaji pemain dan pegawai pasukan itu bagi musim 2023 yang tertunggak selama ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin berkata, pembayaran tunggakan gaji pemain pasukan Liga Super, Piala MFL (KDA FC B), Piala Presiden (KDA FC C), Piala Belia (KDA FC D)  dan kakitangan pentadbiran itu dilangsaikan semalam.

"Alhamdulillah, pihak pengurusan kelab berjaya mengatasi masalah tunggakan yang membelenggu kelab sejak dari hujung tahun lalu dengan usaha semua pihak, terutamanya pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

"Beliau tidak putus-putus mencipta ruang dan peluang serta mencari penyelesaian terbaik untuk keluar dari belenggu masalah dihadapi kelab.

"Terima kasih kepada Mohd Daud serta Ahli Lembaga Pengarah yang sama-sama membantu. Tidak dilupakan, semua penyokong setia dan peminat Sang Kenari yang mengambil peluang menyumbang kepada usaha ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrul berkata, pembayaran itu bermakna KDA FC sudah memenuhi syarat ditetapkan First Instance Body (FIB) supaya kelab itu melunaskan tunggakan sebelum 20 April ini, sekali gus mengekalkan lesen kebangsaan untuk bertanding dalam Liga Malaysia musim ini.

"Saya positif dengan perkembangan situasi terkini. Selepas ini KDA FC akan menumpukan pelaksanaan hala tuju 2024/2025 serta musim-musim mendatang dengan lebih tersusun, efektif dan jit mengikut kerangka lebih efisien.

"Sebagai sebuah kelab yang diswastakan sepenuhnya pada penghujung 2020, kestabilan dan kelestarian kewangan amat penting dan mencabar dalam meneruskan kelangsungan operasi kelab. KDA FC memerlukan dana kewangan yang kukuh, stabil dan terjamin," katanya.

Justeru, katanya, KDA FC amat mengharapkan sokongan serta sumbangan berterusan dari semua pemegang taruh, terutamanya penaja dan penyokong.

Katanya, pihaknya menyeru semua pihak supaya sama-sama memberikan sokongan, dorongan, galakan dan sumbangan bagi membantu pembangunan bola sepak negeri.

"Di peringkat kelab, kami amat berharap semua pihak berkepentingan terutamanya penyokong setia Sang Kenari membantu secara langsung atau tidak langsung dalam mehyumbang kepada kelab melalui pembelian kit pra-musim 2024/2-25, pas bermusim serta produk rasmi kelab yang dibuka jualannya hari ini," katanya.

Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada semua pihak termasuk Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Ghani Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam kerana memberi kerjasama dan nasihat secara profesional dalam mengatasi masalah dihadapi KDA FC.

"Tiada apa yang mudah di dunia yang serba mencabar, namun jika semua kita berganding bahu, menggembeleng tenaga serta bersatu padu, insya-Allah legasi Sang Kenari akan tetap kukuh sampai bila-bila.

"Semoga setiap cabaran dilalui menjadi iktibar dan panduan dalam memacu kembali Sang Kenari sebagai satu jenama unggul di masa depan," katanya.

Sebelum ini, KDA FC dikenakan hukuman pemotongan tiga mata bagi Liga Super musim 2024-2025 serta denda RM50,000 oleh badan bebas, First Instance Body (FIB) berikutan kegagalan kelab berkenaan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi 2023.

Mereka turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu membuat pembayaran penuh tunggakan tersebut sebelum 5 petang, 20 April 2024 atau lesen kebangsaan akan ditarik, sekali gus menyebabkan KDA FC tidak layak beraksi dalam saingan Liga Super 2024-2025. - Getaran, 18 April 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 jam yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Isu Gaji Tertunggak: KDA FC Hormati Pendirian Sanusi 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

AGC Tolak Representasi Rizal Ghazali Batal 2 Pertuduhan, Bicara 1 Julai

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Legenda Double Treble Bantu KDA FC Hadapi Saingan Musim 2024

Sorotan

1

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

2

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

3

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

4

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

5

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

6

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

7

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Semasa 1 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB

Semasa 16 jam yang lalu

Naikkan Had Umur Lesen B Kepada 18 Tahun - Pakar

oleh Diyana Nawwar