web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AGC Tolak Representasi Rizal Ghazali Batal 2 Pertuduhan, Bicara 1 Julai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 1:09PM

Rizal Ghazali. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rizal Ghazali untuk membatalkan dua pertuduhan memukul dan merosakkan telefon bimbit milik teman wanitanya di sebuah bilik hotel, tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes bagi keputusan representasi Rizal atau nama sebenarnya Mohd Rizal Mohd Ghazali, 32, di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

"Pihak pendakwaan telah mendapat arahan supaya pertuduhan diteruskan dengan perbicaraan dan pernyataan-pernyataan saksi akan dikemukakan... jadi saya memohon tarikh perbicaraan ditetapkan," kata Siti Maryam Jamilah.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Julai ini untuk perbicaraan.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, peguam Mohamed Ashmeer Mohamed Ashrof yang mewakili Mohd Rizal berkata, representasi itu sudah dihantar kepada AGC pada 6 Februari lalu bagi membatalkan kedua-dua pertuduhan dihadapi Mohd Rizal.

Pada 19 Jun tahun lalu, bekas pemain bola sepak kebangsaan itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Hani Farhana Hasrul Sani, 37, dengan memukulnya di bilik sebuah hotel di sini pada jam 6 pagi, 7 Jun 2023.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rizal didakwa melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit milik wanita itu yang nilai kerugian dianggarkan RM4,500 di lokasi serta pada tarikh dan masa sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Isu Gaji Tertunggak: KDA FC Hormati Pendirian Sanusi 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar